Harga Lenovo Vibe Shot Di MalaysiaLenovo Vibe Shot Kini Di Malaysia

Harga Lenovo Vibe Shot di Malaysia pada harga RM1399. Hadir dengan skrin 5.0″ FHD dan Kamera 16 Megapixel.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, Lenovo akan melancarkan peranti khas yang lebih mengfokuskan fotografi iaitu Lenovo Vibe Shot. Ia dilancarkan pada hari ini dengan harga jualan RM1399 di Malaysia. Bertuah kepada 100 pembeli pertama, Lenovo turut menawarkan jam pintar Motorola Moto 360 secara percuma. 

Pertama kali memandang dibahagian belakang, peranti ini tidak ubah seperti sebuah kamera digital dengan lensa yang rata. Kameranya menggunakan sensor BSI 16 Megapixel dengan penstabilan imej optikal (OIS). Ia juga hadir dengan infrared Autofokus yang dikatakan dua kali lebih pantas dari autofokus yang biasa. Dibahagian hadapannya pula tertera kamera 8 Megapixel untuk selfie dan panggilan video.

Harga Lenovo Vibe Shot Di MalaysiaLenovo Vibe Shot hadir dengan fungsi fotografi

Lenovo Vibe Shot bukan sahaja memiliki fungsi fotografi yang sangat baik, ia juga dilengkapi dengan spesifikasi serta prestasi yang cermerlang dengan adanya pemproses Qualcomm MSM8939 Snapdragon 615 dengan kepantasan 8-Teras CPU. Untuk melengkapkan kemampuan multitasking yang lebih sempurna, telefon kamera ini juga hadir dengan 3 GB RAM. Ruang memorinya juga dilihat agak besar dengan 32 GB serta sokongan slot tambahan sehingga 128 GB.

Harga Lenovo Vibe Shot Di MalaysiaLenovo Vibe Shot dengan rekaan nipis dan premium

Lenovo Vibe Shot tidak hadir dengan skrin yang begitu besar. ia hadir dengan skrin 5.0 inci dengan resolusi HD1080p yang sudah cukup sempurna untuk fotografi. Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada peranti ini termasuk sambungan rangkaian 4G LTE dan Dual SIM, Platform terkini Android 5.0 Lollipop dan kapasiti bateri Li-Po 3000 mAh.

Di Malaysia, Harga Lenovo Vibe Shot dijual pada harga sekitar RM1399 yang hadir dengan tiga pilihan warna termasuk putih, perak dan merah.