[AdsLink]Hari ini melalui laman Facebook Samsung Malaysia, Samsung telah memperkenalkan dua peranti dari keluarga J untuk pasaran tempatan iaitu Samsung Galaxy J5 yang dijual pada harga RM799 dan Samsung Galaxy J7 dengan harga RM999. Kedua-duanya boleh didapati dalam tiga pilihan warna putih, emas dan hitam.
Untuk fungsi pengambaran, tiada perbezaan untuk kedua-dua peranti ini. Ianya hadir dengan 13 Megapixel kamera serta 5 Megapixel di bahagian hadapan untuk panggilan video. Kameranya juga menyokong rakaman video HD Penuh 1080p. [AdsPost]
Bezanya ialah Samsung Galaxy J7 hadir dengan skrin yang lebih besar dengan 5.5 inci, resolusi 720p dan pemproses Qualcomm Snapdragon 615. Manakala Samsung Galaxy J5 pula hadir dengan skrin yang lebih kecil dengan 5.0 inci dan pemproses Qualcomm Snapdragon 410.
Menarik mengenai peranti ini ialah kebolehan berselfie dengan LED Flash terbina di bahagian hadapan bagi memastikan gambar selfie yang diambil lebih cerah terutamnya ketika persekitaran yang kekurangan cahaya.
Kedua-dua peranti ini sudah mula boleh didapati di pengedar rasmi Samsung. Harga Samsung Galaxy J7 di Malaysia sekitar RM999 dan Samsung Galaxy J5 sekitar RM799.