Huawei Honor 7i Huawei Honor 7i Dilancarkan Dengan Kamera Boleh Lipat

Huawei Honor 7i diperkenalkan dengan 13 Megapixel kamera lipat, Snapdragon 615, skrin 5.2 inci dengan resolusi HD1080p.

Huawei baru sahaja memperkenalkan satu lagi peranti untuk pasaran yang dinamakan Huawei Honor 7i dengan 13 Megapixel kamera yang boleh dilipat bagi memudahkan untuk gambar selfie. Jika sebelum ini kita telah lihat peranti keluaran Oppo dengan kamera putar pada Oppo N3 namun ia telah dipatenkan Oppo. Jadi, Huawei telah memperkenalkan satu kelainan pada peranti ini dengan kamera yang boleh dilipat. 

Selain 13 Megapixel kamera, Huawei Honor 7i juga hadir dengan skrin sebesar 5.2 inci dengan resolusi HD1080p. Spesifikasinya juga menunjukan peranti ini berada di kelas pertengahan atas. Prestasinya juga agak baik dengan dikuasai oleh pemproses Snapdragon 615 dengan kehadiran dua pilihan RAM dan memori terbina dimana model 32 GB akan hadir dengan 3 GB RAM manakala model 16 GB RAM hadir dengan 2 GB RAM.

Huawei Honor 7i

Selain itu, peranti ini juga hadir dengan pengimbas cap jari. Selalunya, kebanyakan pengimbas cap jari diletakan di bahagian hadapan bawah atau di belakang. Namun untuk model ini hadir di bahagian sisi.

Mengenai harganya pula, peranti ini telah mula dijual untuk pasaran China pada harga USD250 atau bersamaan RM950. Untuk pasaran global pula dijangka dipasaran sekitar USD300 hingga USD400 bergantung pada model.

Sumber : Huawei