Leagoo Elite 1Leagoo Malaysia Hadir Dengan Tiga Peranti Mampu Milik

Leagoo Malaysia melancarkan tiga peranti terdiri daripada Leagoo Elite 1, Elite 4, Elite 5 yang akan dipasaran hujung Ogos ini.

Leagoo Malaysia telah memperkenalkan barisan peranti baru yang terdiri daripada Leagoo Elite 1 dengan spesifikasi dan reka bentuk premium serta Leagoo Elite 4 dan Leagoo Elite 5 yang lebih kepada peranti mampu milik. Ketiga-tiga peranti ini dijangka akan dipasarkan pada penghujung bulan ini. 

Dari segi prestasi pula Leagoo Elite 1 hadir dengan spesifikasi pertengahan atas yang dijual pada harga RM999. Ia hadir dengan skrin HD1080p sebesar 5.0 inci dengan perlindungan Corning Gorilla Glass 3. Prestasinya pula membawakan cip 64-Bit dengan Octa-Core 1.3 Ghz CPU dan 3 GB RAM. Ia juga menyediakan ruangan memori sebesar 32 GB serta sokongan slot tambahan 32 GB.

Lebih menarik lagi, peranti yang hadir dengan pilihan warna hitam dan putih ini dilengkapi dengan 16 Megapixel kamera dengan sensor dari Sony. Bagi yang gemar berselfie, Leagoo menyediakan 13 Kamera di bahagian hadapan.

Manakala untuk dua lagi peranti hadir dengan spesifikasi yang lebih rendah. Leagoo Elite 5 hadir dengan skrin HD sebesar 5.5 inci, kamera 13 Megapixel, 2 GB RAM dengan pemproses Octa-Core serta 8 Megapixel kamera di bahagian hadapan. Kelebihan pada peranti ini ialah memiliki kapasiti bateri yang sangat besar dengan bateri 4000mAh. Leagoo Elite 5 dipasarkan pada harga RM699.

Bagi Leagoo Elite 4 pula, ia diperkenalkan dengan 5.0 inci skrn, 8 Megapixel kamera, 16 GB memori dalaman serta 5 Megapixel kamera hadapan. Harganya pula akan dijual sekitar RM499.

Sumber : Leagoo Malaysia