Lenovo Vibe ShotLenovo Vibe Shot Akan Hadir Di Pasaran Malaysia 18 Ogos Ini

Lenovo Vibe Shot akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia 18 Ogos ini. Bagi 100 pembeli pertama akan menerima jam Motorola Moto 360 percuma.

Enam bulan yang lalau Lenovo telah melancarkan peranti yang mengfokuskan fungsi fotografi di acara MWC 2015. Peranti yang dinamakan sebagai Lenovo Vibe Shot hadir dengan 16 Megapixel kamera yang disertakan dengan Penstabilan Imej Optikal (OIS), Triple-LED Flash dengan Dwi Tone, Laser autofokus serta 8 Megapixel kamera hadapan. 

Untuk pasaran Malaysia, ia akan dilancarkan pada 18 Ogos ini namun harga rasminya masih belum didedahkan. Beberapa laman jualan online tempatan sudah menawarakan Lenovo Vibe Shot versi import dengan harga antara RM1500 sehingga RM1600 dan berkemungkinan harga rasmi Lenovo Vibe Shot dijual sekitar harga tersebut.

Lenovo Vibe ShotTawaran Lenovo Malaysia untuk Lenovo Vibe Shot

Selain memiliki fungsi pengambaran yang baik, Lenovo Vibe Shot  juga menawarkan reka bentuk dan spesifikasi yang agak menarik. Rekaannya seolah-olah kamera digital kompak terutamanya dibahagian belakang dengan kombinasi warna pada kerangka sisi yang sangat cantik. Dibahagian hadapannya pula tidak jauh beza dengan peranti Lenovo yang lain.

Untuk prestasinya, peranti ini hadir dengan pemproses pertengahan dengan cip Qualcomm MSM8939 Snapdragon 615 dengan 8-teras CPU. Ia juga hadir dengan 3 GB RAM, 32 GB memori dalaman serta sokongan slot tambahan sehingga 128 GB.

Lenovo Vibe ShotRekaan Lenovo Vibe Shot seolah-olah kamera digital

Dibahagian hadapan pula, peranti ini membawakan skrin sebesar 5.0 inci dengan resolusi HD1080p. Antara fungsi lain termasuk sambungan 4G LTE, bateri Li-Po 2900 mAh serta mengunakan platform Android 5.0.

Sebelum terlambat, Lenovo Malaysia juga mengadakan promosi  untuk 100 pembeli bertuah pada 18 Ogos ini yang akan menerima jam pintar Motorola Moto 360 secara percuma.

Sumber : Lenovo Malaysia