lgg41LG G4 yang Diperkenalkan Sebelum Ini

LG G4 Pro Dijangka Hadir Oktober ini Dengan Skrin Sebesar 5.8 inci Quad-HD, 27 Megapixel Kamera, Pemproses Snapdragon 820.

Jika anda menganggap LG G4 merupakan peranti terbaik dari LG pada tahun ini, mungkin anggapan anda salah. Ini kerana LG bakal memperkenalkan satu lagi peranti dengan spesifikasi dan reka bentuk yang lebih premium. Ia di panggil LG G4 Pro.

Mengenai spesifikasinya masih lagi belum dipastikan, namun desas-desus sebelum ini menyatakan bahawa peranti ini akan hadir dengan platform Android versi terbaru Android 6.0 Marshmallow. LG G4 Pro juga dikatakan akan hadir dengan skrin sebesar 5.8 inci IPS LCD dengan resolusi Quad-HD. LG juga akan membawa cip Snapdragon 820 yang baru bagi meningkatkan prestasi pada model baru ini.

Untuk sistem kamera pula, LG G4 Pro akan dilengkapi dengan sesnsor 27 Megapixel kamera yang turut hadir dengan laser autofokus, penstabilan imej OIS, LED Flash serta 8 Megapixel kamera dibahagian hadapan. LG G4 Pro dikatakan akan diperkenalkan pada bulan Oktober ini.