LG G Pad II 10.1LG Memperkenalkan LG G Pad II 10.1 Dengan Snapdragon 800

Spesifikasi LG G Pad II 10.1 hadir dengan skrin 10.1 inci 1080p dengan pemproses Snapdragon 800, 2 GB RAM dan Kamera 5 Megapixel.

LG telah memperkenalkan tablet yang baru yang dinamakan sebagai LG G Pad II 10.1 hadir dengan 10.1 inci skrin dan resolusi HD penuh 1080p. Rekaannya dilihat agak premium dengan bezel yang agak nipis jika dibandingkan dengan tablet 10.0 inci yang lain. LG juga menawarkan aturan mod membaca dimana kecerahan skrin dioptimasikan dengan kecerahan yang sesuai untuk membaca. 

Didalamnya pula, LG membawakan pemproses Qualcomm Snapdragon 800 dengan Quad-Core 2.26 GHz CPU serta 2 GB RAM untuk prestasi yang lebih baik. Selain itu, ia juga hadir dengan 16 GB memori terbina dan sokongan slot tambahan microSD sekiranya memori dalaman tidak mencukupi. Kapasiti bateri untuk tablet ini dilihat sangat besar dengan 7400mAh untuk memastikan jangka hayatnya yang lebih lama.

LG G Pad II 10.1

Untuk kamera pula, LG G Pad II 10.1 membawakan kamera 5 Megapixel dan 2 Megapixel di bahagian hadapan untuk skype dan sebagainya. Menurut LG, antara keistimewaan tablet ini ialah sokongan Dual Windows serta aplikasi QuickMemo+ yang memudahkan anda membuat nota.

Menurut LG juga, LG G Pad II 10.1 akan hadir dalam dua versi WIFI dan juga LTE. Ia akan diperkenalkan secara rasmi pada IFA 2015 september ini.

Sumber : LG