Microsoft Lumia 940Peranti yang dikatakan Microsoft Lumia 940 Tertiris

Microsoft Adakan Majlis Khas 19 Oktober Bagi Perkenalkan Microsoft Lumia 940 Dan 940 XL Termasuk Surface Pro 4.

Agak terlalu lama untuk kita menunggu peranti perdana dari Microsoft. Sejak pengambilalihan peranti Lumia dari Nokia, Microsoft masih lagi belum memperkenalkan peranti perdana keluarannya. Hanya model-model Entry-Level dan pertengahan yang banyak dikeluarkan. Mungkin salah satu strategi Microsoft diawal pengambilalihan Nokia. 

Terbaru, Microsoft dikatakan akan menganjurkan satu majlis khas di New York bagi memperkenalkan peranti terbaru mereka. Antara model yang diperkenalkan termasuk Microsoft Lumia 940 dan Microsoft Lumia 940 XL. Selain dari dua telefon pintar ini, Microsoft dijangka akan memperkenalkan Microsoft Surface 4 dan juga Microsoft Band 2.

Mengenai Microsoft Surface 4, yang dijangka menggunakan cip Skylake yang baru dengan rekaan mirip model yang lama serta hadir dengan pilihan RAM dan memori terbina yang besar. Ianya juga akan hadir tersedia dengan Windows 10.

Untuk telefon pintar Microsoft Lumia 940 XL pula bakal hadir dengan skrin sebesar 5.7 inci Quad-HD, pemproses Snapdragon 810 dengan Octa-Core CPU, 3 GB  RAM, 32 GB memori dalaman serta 20 Megapixel kamera PureView. Ia juga bakal hadir dengan pengimbas mata dan USB Type C.

Manakala untuk Microsoft Lumia 940 pula hadir dengan 5.2 inci dan pemproses Snapdragon 808. Lain-lain spesifikasi mungkin sama dengan model XL.