Microsoft Surface Mobile PhoneSalah satu gambar konsep Microsoft Surface Mobile Phone

Microsoft dijangkan akan memperkenalkan peranti sebesar 5.5 inci iaitu Microsoft Surface Mobile Phone pada awal tahun hadapan.

Selain mengfokuskan pada peranti dibawah jenama Lumia, Microsoft juga sedang membangunkan dan mempersiapkan peranti Surface. Sebelum ini, Microoft Surface hadir dengan peranti berbentuk tablet yang kini telah mencapai versi yang ke-3 semenjak keluarannya yang pertama pada tahun 2012. Terbaru, Microsoft dilihat akan melancarkan satu lagi peranti Surface, namun ianya merupakan sebuah telefon pintar yang dinamakan Microsoft Surface Mobile Phone. 

Microsoft Surface Mobile dilaporkan dengan nama kod “Juggernaut Alpha” sebelum ini yang dijangka akan diperkenalkan pada awal tahun hadapan atau penghujung tahun ini.

Sedikit spesifikasi juga telah didedahkan. Menurut WMPowerUser, peranti ini hadir dengan skrin AMOLED 5.5 inci dengan resolusi 1440×2560 pixel. Ia juga membawakan cip Intel yang baru iaitu 64-Bit Intel Atom x3 (SoFIA) dengan 4 GB RAM. Bagi platformnya pula, sudah tentunya membawakan Windows 10 Mobile yang terbaru.

Microsoft Surface Mobile Phone Microsoft Surface Mobile Phone

Bagi fungsi pengambaran pula, Microsoft menggunakan teknologi PureView dengan 21 Megapixel kamera utama serta 8 Mrgapixel di bahagian hadapan. Kedua-dua kamera tersebut membawakan kanta Zeiss. Bukan itu saja, peranti ini hadir dengan dua model dengan ruang memori berbeza termasuk 64GB dan 128GB yang turut hadir dengan slot tambahan sehingga 256GB.

Antara ciri-ciri lain yang hadir pada peranti ini termasuk Surface Pen yang merupakan sebuah stylus seperti Galaxy Note 5, pengecasan tanpa wayar, USB Type-C yan baru serta kerangka yang diperbuat dari aluminium dan magnesium.