Nokia 222Nokia 222 Diperkenalkan, Jangka Hayat Bateri Lebih 20 Hari

Nokia 222 Merupakan Telefon Bimbit Murah Yang Hadir Dengan Skrin 2.4 Inci, Kamera 2 Megapixel, FM Radio dan Internet.

Sementara menunggu Microsoft melancarkan beberapa model perdana yang dijangka Oktober ini, Syarikat gergasi tersebut hari ini telah mengumumkan telefon bimbit baru yang dinamakan Nokia 222 yang lebih mengfokuskan pada peranti asas dengan sambungan internet dan juga multimedia. 

Nokia 222 hadir dengan skrin yang kecil sebesar 2.4 inci dengan resolusi 120 x 160 pixel. Tiada skrin sentuh dan tiada pemproses berkuasa untuk peranti kecil ini. Yang ada ialah kapasiti bateri 1100mAh yang hadir dengan jangka hayat lebih dari 20 hari.

Selain itu, peranti mampu milik ini juga hadir dengan kamera 2 Megapixel di bahagian belakang. Untuk yang gemar berselfie mungkin peranti murah ini kurang sesuai untuk anda oleh kerana ia tidak memiliki kamera hadapan. Antara fungsi lain yang boleh didapati untuk model ini termasuk FM Radio, pemain muzik dan video, sokongan slot microSD sehingga 32 GB, lampu LED di bahagian atas serta sokongan 2.5G internet yang boleh digunakan pada aplikasi Facebook dan Twitter.

Nokia 222

Tentang harganya pula tidaklah mahal. Ia dipasarkan dengan harga USD37 atau sekitar RM150 di Malaysia. Ia amat sesuai untuk dijadikan telefon kedua atau yang gemar mengembara memandangkan peranti ini memiliki jangka hayat bateri yang lama.