oppor5s2Oppo R5s Diperkenalkan, Dengan Spesifikasi Lebih Baik

Spesifikasi Oppo R5s hadir dengan skrin 5.2 inci, Pemproses Snapdragon 615, 3 GB RAM, 32 GB Memori dan 13 MP Kamera.

Tahun lepas Oppo telah memperkenalkan peranti ternipis dengan ketebalan 4.85mm yang dinamakan Oppo R5. Peranti tersebut hadir dengan 5.2 inci, 13 MP kamera, 2 GB RAM serta 16 GB memori terbina. Hari ini Oppo telah memperkenalkan peranti penambahbaikan pada model tersebut yang dinamakan Oppo R5s. Rekaan luar ia dilihat sama dengan peranti sebelumnya termasuk dimensi dan ketebalan namun model baru ini hadir dengan perak gelap yang lebih bergaya dengan prestasi yang telah ditingkatkan. 

Jadi, Apakah penambahbaikan yang dibawa Oppo untuk model baru ini?.  Sebenarnya tidak banyak yang telah ditingkatkan. Oppo hanya menaik taraf kepada 3 GB RAM dan 32 GB memori dalaman untuk peranti baru ini berbanding Oppo R5 yang hadir dengan 2 GB RAM dan 16 GM memori dalaman. Selebihnya ia dilihat hampir sama.

oppor5s1

Seperti Oppo R5, Oppo R5s juga hadir dengan skrin HD1080p sebesar 5,2 inci, pemproses Snapdragon 515, 13 Megapixel kamera utama dan 5 Megapixel kamera hadapan serta kapasiti bateri 2000 mAh. Peranti ini juga masih menjalankan platform Android 4.4.4 Kitkat dengan antaramuka ColorOS 2.0 UI.

Oppo R5s akan dipasaran pada harga sekitar USD226 atau bersamaan RM900. Ia akan hadir tidak lama lagi dalam warna perak gelap. Untuk pasaran Malaysia masih lagi belum didedahkan.

Sumber : Oppo