Pad Wireless Charging dari Samsung untuk peranti yang menyokong Wireless Charging termasuk Samsung Galaxy Note5 dan S6 Edge+
Beberapa hari yang lalu, Samsung telah memperkenalkan Samsung Galaxy Note5 dan Galaxy S6 Edge+ yang hadir dengan beberapa aksesori termasuk Keyboard Cover yang merupakan sebuah penutup belakang yang tersedia dengan papan kekunci QWERTY. Terbaru, Samsung telah memperkenalkan satu lagi aksesri untuk kedua-dua peranti perdana tersebut yang dinamakan Samsung Fast Charge Wireless Charging Pad. Ia merupakan sebuah pad pengecas tanpa wayar yang digunakan untuk peranti Samsung yang menyokong pengecasan tanpa wayar.
Menurut Samsung, pad pengecas tanpa wayar ini berkebolehan mengecas 1.4X lebih pantas berbanding pengecas tanpa wayar yang biasa dan boleh menjimatkan sehingga 1 jam untuk pengecasan penuh. Ia menggunakan teknologi pengecasan Qi Induktif yang sangat berkesan tanpa menggunakan wayar dan sangat mudah digunakan.
Aksesori tambahan ini hadir dengan dua pilihan warna biru gelap dan putih. Samsung Fast Charge Wireless Charging Pad akan dijual dengan harga USD70 atau sekitar RM266.
Sumber : Samsung