AlphabetG Untuk Google

Penstrukturan Semula Google, Kini Google Dibawah Syarikat Baru, Alphabet yang diketuai oleh Larry Page

Larry Page yang merupakan pengasas asal Google hari ini telah mengumumkan penstrukturan semula dengan menumbuhkan Syarikat induk yang dinamakan Alphabet dengan mendedahkan dirinya sebagai CEO di syarikat baru itu. Manakala untuk Google pula akan menjadi salah satu cabang dibawah Alphabet yang akan diketuai oleh Sundar Pichai. 

Untuk klasifikasi perniagaan pula, Google akan meneruskan perhidmatan sedia ada termasuk Google Search, Youtube, Maps, Apps, Android dan perhidmatan pengiklanan termasuk Adsense dan Adwords dan sebagainya manakala untuk Alphabet pula akan menguruskan projek X Lab (Projek seperti kereta pandu sendiri dan DRON penghantar), Fiber (Servis Internet), Nest (Produk rumah pintar), Calico (Kajian Biotek) dan sebagainya.

G Untuk Google

Menurut Larry, Alphabet merupakan sebuah syarikat gergasi yang memiliki banyak anak-anak syarikat dibawah naunganya termasuk Google. Ianya akan disenaraikan mengikut alphabet dan sudah tentunya alphabet “G” sudah dimiliki oleh Google.

Dengan penstrukturan baru ini sudah tentunya akan memberi impak positif terutamanya untuk Google itu sendiri untuk lebih fokus pada perhidmatan dibawah jenamanya.

Sumber : abc.xyz