Petunjuk Mengenai Nama Android MGoogle Memberi Sedikit Petunjuk Mengenai Nama Android M

Google beri pentunjuk mengenai nama Android M. Adakah Milkshake, Muffin, Marzipan atau Marshmallow?

Apakah nama sebenar bagi Android M?. Itulah tanda tanya yang sering dilontarkan sejak Google memperkenalkan Android M pada Google I/O yang lalu. Apa yang kita tahu, nama Android berasaskan dari makanan mengikut abjad yang dimulakan dari “C” untuk Cupcake dan yang terbaru ialah “M” yang masih lagi belum didedahkan sehingga hari ini. 

Terkini, Google telah mengeluarkan satu video ringkas di Youtube menunjukan koleksi nama-nama Android sebelum ini termasuk beberapa nama makanan yang bermula dari M yang berkemungkinan salah satu petunjuk dari Google mengenai nama akhir Android M. Antara-antara nama yang dinyatakan termasuk Milkshake, Muffin, Marzipan, Marshmallow dan sebagainya.

Satu video di Youtube yang memberi gambaran mengenai nama Android M

Sedikit mengenai Android M yang diperkenalkan 3 bulan yang lalu yang membawakan beberapa penambahbaikan termasuk jangka hayat bateri yang lebih baik, kawalan kebenaran aplikasi, pengesahan pengesan cap jari, Android Pay, sokongan penuh pada USB Type-C dan banyak lagi.

Buat masa ini, Android M masih lagi diperingkat Developer Preview dan berkemungkinan akan dilepaskan untuk peranti Nexus pada bulan Oktober ini.