Tablet 18.4 Inci SamsungSamsung Sedang Membangunkan Tablet 18.4 Inci

Samsung sedang membangunkan tablet 18.4 inci yang hadir dengan pemproses Exynos 7580, 2 GB RAM dan 8 MP kamera.

Samsung boleh dikatakan pengeluar telefon pintar yang hadir dengan pelbagai variasi saiz peranti dari sekecil-kecil telefon pintar hinggalah ke tablet dengan saiz yang besar. Buat masa ini, tablet terbesar yang pernah dihasilkan oleh Samsung ialah barisan Samsung Galaxy Note Pro dan Tab Pro dengan 12.2 inci yang diperkenalkan awal tahun lepas. 

Namun, desas-desus terbaru mengatakan bahawa Samsung akan hadir dengan tablet yang lebih besar iaitu 18.4 inci. Mungkin bagi setengah pihak ia dilihat agak besar apatah lagi ia lebih besar diandingkan dengan komputar riba yang biasa. Jadi, sudah tentunya tablet ini untuk kegunaan tertentu sahaja seperti membuat perbentangan multimedia, membuat lakaran digital dan sebagainya untuk kegunaan korporat.

Selain paparan sebesar 18.4 dengan resolusi 1920 x 1080 pixel, tablet ini juga dikatakan hadir dengan pemproses Exynos 7580 Octa-Core 1.6 Ghz, 2 GB RAM serta 32 GB memori dalaman dan menyokong slot tambahan sehingga 128 GB. Untuk fungsi pengambaran pula ia hadir dengan 8 Megapixel kamera dan 2.1 kamera di bahagian hadapan. Ia juga akan hadir dengan platform Android 5.1 Lollipop.

Lain-lain maklumat termasuk nama, tarikh pelancaran dan harga masih lagi belum didedahkan. Peranti ini mungkin akan menjadi persaingan pada Panasonic Toughpad FZ-Y1 yang hadir dengan 20 inci skrin yang juga untuk kegunaan koprat.

Sumber : SamMobile

Tags