Spesifikasi Sony Xperia C5 Ultra dan Xperia M5Sony Melancarkan Sony Xperia C5 Ultra dan Xperia M5

Sony hari ini telah melancarkan dua peranti masing-masing berada di kelas pertengahan. Peranti tersebut ialah Sony Xperia M5 dengan ciri-ciri kalis air dan Sony Xperia C5 Ultra dengan kelebihan kamera dan LED Flash di bahagian hadapan.

Sony Xperia M5 merupakan salah satu alternatif terbaik bagi yang inginkan peranti premium dengan harga yang lebih berpatutan. Ia hadir dalam tiga pilihan warna termasuk emas, hitam dan putih. Reka bentuknya juga menyamai dengan peranti perdana Sony Xperia Z3+ yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia. 

Selain ciri-ciri kalis air, Peranti dengan skrin 5.0 inci 1080p ini juga hadir dengan pemproses 64-Bit Mediatek Helio dengan kemampuan Octa-Core 2.0 Ghz CPU. Menurut Sony, peranti ini memiliki kapasiti bateri 2600 mAh dengan kemampuan bertahan sehingga dua hari lamanya.

Kelebihan lain yang terdapat pada peranti ini ialah memiliki kamera 21 Megapixel dengan kelebihan Hybrid Autofokus, 5X Clear Image Zoom dan menyokong rakaman video 2K.

Bagi Sony Xperia C5 Ultra pula, ia hadir dengan paparan sebesar 6.0 inci dengan 13 Megapixel kamera di bahagian hadapan dan belakang. Menariknya tentang model ini ialah ia memiliki reka bentuk dengan bazel yang nipis bagi memberi ruang sepenuhnya pada skrin disamping mengekalkan reka bentuk yang labih kecil.

Ia juga dipadankan dengan cip pemproses Mediatek Mediatek MT6752 Octa-core 1.7 GHz, 2 GB RAM serta menyokong slot tambahan sehingga 200GB.

Buat masa ini, Sony masih belum mendedahkan harga rasmi untuk kedua-dua peranti ini. Ianya dijangka hadir pada pertengan bulan Ogos ini yang hadir dengan versi Dual-SIM.

Spesifikasi Sony Xperia M5

Spesifikasi Sony Xperia M5

  • Paparan 5.0-inci Full HD dengan skrin tahan calar
  • Pemproses Mediatek MT6795 Octa-core 2.0 GHz
  • 3 GB RAM dengan memori terbina 16 GB dan slot microSD
  • kapasiti bateri Li-Ion 2600 mAh
  • kamera 21.5 Megapixel dengan kebolehn  rakaman video 2K
  • 13 Megapixel kamera hadapan
  • Android 5.0 Lollipop

Spesifikasi Sony Xperia C5 Ultra

Spesifikasi Sony Xperia C5 Ultra

  • Paparan 6.0-inci Full HD dengan skrin tahan calar
  • Pemproses Mediatek MT6752 Octa-core 1.7 GHz
  • 2 GB RAM dengan memori terbina 16GB dan slot microSD
  • kapasiti bateri Li-Ion 2930 mAh
  • kamera 13 Megapixel dengan kebolehn  rakaman video 1080p
  • 13 Megapixel kamera hadapan dengan flash
  • Android 5.0 Lollipop

Sumber : Sony