sonyz5Gambar teaser dari Sony mengenai sistem fokus pada Xperia Z5

Sony Xperia Z5 dijangka hadir dengan tiga variasi termasuk Z5 Compact dan Z5 Premium memiliki skrin dengan resolusi 4K.

Acara IFA 2015 bakal hadir tidak lama lagi yang berlansung 4 hingga 9 september ini. Ia merupakan acara tahunan bagi memperkenalkan produk-produk baru kepada umum dan sudah tentunya Sony juga mengambil bahagian untuk acara ini. 

Pada acara IFA 2014 yang lalu, Sony telah memperkenalkan empat peranti dan tiga daripadanya merupakan peranti perdana yang terdiri dari Sony Xperia Z3 Tablet CompactSony Xperia Z3 Compact dan Sony Xperia Z3. Untuk tahun ini pula kemungkinan besar Sony Xperia Z5 akan diperkenalkan memandangkan telah banyak desas-desus untuk peranti ini didedahkan.

Antara desas-desus yang telah tersebar di arena web ialah Sony Xperia Z5 merupakan peranti pertama yang bakal hadir dengan skrin 4K dengan resolusi 3840 x 2160 pixel. Menurut sumber Xperia Z5 bakal hadir dengan 3 variasi iaitu Xperia Z5 Compact dengan skrin HD720p 4.6 inci, Xperia Z5 dengan skrin HD1080p 5.0 inci serta Xperia Z5 Premium dengan skrin sebesar 5.5  inci yang hadir dengan resolusi 4K.

Selain itu, Sony Xperia Z5 juga dikatakan bakal hadir dengan pengimbas cap jari dan juga sistem operasi terbaru Android 6.0 Marshmallow. Untuk fungsi pengambaran, peranti ini bakal hadir dengan 23 Megapixel kamera yang baru dengan sistem autofokus yang pantas.

Di IFA 2015, Sony dijadualkan berada di sana pada 2 September ini bersama peranti-peranti baru mereka. Jadi, mari kita lihat senarai peranti yang bakal dilancarkan Sony pada hari tersebut.

Sumber : IBTimes