BlackBerry VeniceGambar Render menunjukan peranti pertama Android dari BlackBerry

BlackBerry Venice merupakan peranti pertama Android dari BlackBerry yang hadir dengan skrin 5.4 inci Quad HD, 18 Megapixel kamera serta pemproses Snapdragon 808

BlackBerry dijangka akan memperkenalkan peranti pertama darinya yang menggunakan platform Android tidak lama lagi. Peranti tersebut dinamakan sebagai BlackBerry Venice yang lengkap dengan papan kekunci QWERTI jenis gelongsor. 

Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, BlackBerry Venice bakal dilancarkan pada bulan November ini. Namun ianya masih lagi belum mendapat pengesahan dari BlackBerry sendiri.

Mengenai spesifikasinya pula, ia merupakan peranti kelas atasan dengan spesifikasi premium. Selain memiliki papan kekunci gelungsur, telefon pintar ini juga hadir dengan skrin sebesar 5.4 inci dengan resolusi Quad-HD 1440 x 2560 pixel dengan skrin sisi lengkung seperti yang terdapat pada Samsung Galaxy S6 Edge.

Kamera BlackBerry VeniceBlackBerry Venici dikatakan hadir dengan 18 Megapixel kamera
BlackBerry Venice ChromecastSeperti kebanyakan peranti Android yang lain, Peranti ini turut menyokong fungsi Chromecast

Selain itu, peranti yang hadir dengan pemproses Snapdragon 808 ini turut dilengkapi dengan 18 Megapixel kamera lengkap dengan OIS dan 5 Megapixel kamera hadapan. Antara ciri-ciri lain termasuk 3 GB RAM, Adreno 418 GPU dan sebagainya.

Sumber : CrackBerry