Spesifikasi HTC O2Spesifikasi HTC O2, Peranti Perdana Terbaru Dari HTC?

HTC dijangka akan memperkenalkan peranti perdana terbaru HTC O2 bagi mengantikan barisan peranti HTC One.

Seperti yang kita tahu, peranti perdana keluaran HTC terbaru adalah HTC One M9 yang telah diperkenalkan beberapa bulan yang lalu. Pada masa akan datang, berkemungkinan besar HTC tidak akan menggunakan HTC One M10 sebagai peranti perdana terbaru sebaliknya akan dimulakan dengan barisan baru bermula dari HTC O2. 

Selain beberapa gambar yang tertiris, Spesifikasi HTC O2 juga turut didedahkan. Menurut sumber, HTC O2 bakal hadir dengan skrin sebesar 6.0 inci dengan resolusi QHD, 1440 x 2560 pixel dan menjadikan ketumpatan skrin kepada 490 PPI.

Untuk prestasi yang cemerlang, sudah tentunya HTC O2 dijangka hadir  dengan cip Snapdragon 820 terbaru dan 4 GB RAM untuk fungsi multitasking yang lebih efektif. Ruang memorinya juga dilihat agak besar dengan pilihan 64 GB atau 128 GB. Namun, kami tidak pasti sama ada HTC turut menggugurkan slot microSD untuk peranti ini seperti Samsung Galaxy Note5.

Spesifikasi HTC O2Sebahagian gambar yang dikatakan HTC O2 tertiris sebelum ini

Bagi kamera pula, HTC O2 dijangka akan mengekalkan 20.7 Megapixel kamera yang terdapat pada HTC One M9 manakala kamera hadapannya pula akan dinaikan kepada 5 Megapixel untuk selfie dan panggilan video. Selain itu, peranti ini juga hadir dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 3500mAh, saiz bezel yang lebih nipis dan BoomSound yang menghala kehadapan.

Tags