Spesifikasi Samsung Galaxy Note 5 Samsung Galaxy Note 5 Hadir Dengan Rekaan Lebih Premium

Spesifikasi Samsung Galaxy Note 5 hadir dengan Skrin 5.7 Inci Quad-HD, 16 MP Kamera, Pemproses 8-Teras dan 4 GB RAM.

Semalam berlangsungnya acara Samsung Unpacked yang merupakan acara tahunan bagai melancarkan peranti perdana keluaran Samsung. Untuk tahun ini, Samsung telah memperkenalkan Samsung Galaxy Note 5 dan Samsung Galaxy S6 Edge dengan skrin lengkung di bahagian sisi.

Samsung Galaxy Note 5 hadir dengan reka bentuk yang sungguh premium dengan empat pilihan warna utama termasuk Black Sapphire, Gold Platinum, Silver Titan dan White Pearl. Walaupon ia merupakan sebuah phablet dengan skrin yang besar, namun peranti ini hadir dengan bazel yang nipis bagi memberi ruang sepenuhnya pada skrin dan meminimumkan lebar serta saiz peranti. 

Untuk model baru ini, Samsung membawakan skrin yang sama dengan model yang terdahulu. Samsung Galaxy Note 5 hadir dengan skrin sebesar 5.7 inci dengan resolusi Quad HD 1440 x 2560 pixels. Paparannya juga hadir dengan pelindung skrin Corning Gorilla Glass 4.

Prestasinya juga telah ditingkatkan dengan cipset keluaran baru Exynos 7420 dengan kebolehan 8 teras CPU serta menggunakan Mali-T760MP8 untuk GPU. Phablet premium ini juga hadir dengan 4 GB RAM untuk fungsi multitasking yang lebih efektif. Bagi ruangan memori, Samsung Galaxy Note 5 dilengkapi dengan dua pilihan 32 GB, 64 GB dan juga 128 GB. Malangnya seperti desas-desus sebelum ini, ia tidak dilengkapi dengan slot tambahan microSD.

Spesifikasi Samsung Galaxy Note 5 Samsung Galaxy Note 5 diperkenalkan dengan 4 pilihan warna

Walaupon dilengkai dengan 16 Megapixel kamera yang sama dengan model terdahulu, Galaxy Note 5 membawakan beberapa penambahbaikan untuk sistem kameranya. Ia bawakan bukaan kanta F1.9 yang agak besar bagi sebuah smartphone. Ia membenarkan lebih banyak cahaya dan baik untuk fotografi terutamanya dalam keadaan kekurangan cahaya.

Samsung juga telah bawakan beberapa keistimewaan untuk peranti ini termasuk kawalan mod manual untuk penggunaan kamera yang lebih professional serta pelbagai ciri-ciri lain termasuk Penstabilan Imej OIS, mod HDR dan sebagainya. Di bahagian hadapan pula, ia hadir dengan 5 Megapixel kamera untuk selfie dan panggilan video.

Spesifikasi Samsung Galaxy Note 5 Samsung Galaxy Note 5 Juga hadir dengan Aksesori Keybord Cover

Antara fungsi lain yang hadir pada Samsung Galaxy Note 5 termasuk sokongan pengimbas cap jari, hadir dengan platform terbaru Android 5.1.1 Lollipop, kapasiti bateri Li-Po 3000 mAh dengan sokongan pengecas tanpa wayar serta sudah tentunya menyokong stylus S Pen.

Tarikh jualan di Malaysia dan harganya tidak didedahkan semasa pelancaran. Di, US ia akan dipasarkan bermula 21 Ogos ini. Untuk pasaran Malaysia berkemungkinan sedikit lewat antara bulan September atau Oktober. Untuk harga Samsung Galaxy Note 5 di Malaysia pula, Samsung Galaxy Note 4 dijual sekitar RM2499. Mungkin kita akan lihat harga yang sama untuk model baru ini untuk versi 32 GB.