Spesifikasi Samsung Galaxy Note 5Gambar dan Spesifikasi Samsung Galaxy Note 5

Spesifikasi Samsung Galaxy Note 5 dijangka hadir dengan Skrin 5.66 inci QHD, Kamera 16 Megapixel dan Cip Exynos 7420

Samsung telah menjadualkan pada 13 Ogos ini yang bertempat di New York bagi merialisasikan pelancaran Samsung Galaxy Note 5 dan juga Samsung Galaxy S6 Edge+. Seperti biasa, walaupon masih belum dirsmikan, namun pelbagai maklumat termasuk gambar mengenai peranti yang akan dilancarkan tertiris di arena internet. 

Gambar menunjukan Samsung Galaxy Note 5 juga telah tertiris melalui laman Twitter Evleaks. Bedasarkan maklumatnya. Samsung Galaxy Note 5 akan hadir dengan skrin sebesar 5.66 inci dengan resolusi QHD 1440 x 2560 pixel dan ketumpatan skrin sehingga mencecah 515ppi.

Didalamnya pula, Samsung Galaxy Note 5 dijangka hadir dengan cip keluaran Samsung sendiri, Exynos 7420 dengan kemampuan CPU Quad-Core 2.1 Ghz dan Quad-Core 1.5 Ghz. Desas-desus sebelum ini turut menyatakan phablet ini hadir dengan 4GB RAM dan 32 GB memori dalaman. Malangnya tiada slot tambahan untuk peranti ini.

Di bahagian belakangnya pula dijangka menggunakan penembak 16 Megapixel yang sama dengan peranti perdana Samsung yang lain. Untuk kamera hadapan pula, Samsung Galaxy Note 5 membawakan 5 Megapixel untuk selfie dan panggilan video.