Asus ZenPad 7.0 Kini Di MalaysiaTablet Mampu Milik Asus ZenPad 7.0 Kini Di Malaysia

Asus ZenPad 7.0 kini di Malaysia dengan harga dibawah RM700. Ia hadir dengan 7.0″ skrin, Pemproses Intel Atom x3, 8 MP Kamera.

Bagi yang sedang mencari tablet mampu milik 7.0 inci mungkin Asus ZenPad 7.0 (Z370CG) sesuai untuk anda. Asus Malaysia baru sahaja mengumumkan tablet ini untuk pasaran tempatan dengan harga dibawah RM700 yang bakal dijual bermula 26 Ogos ini. 

Selain harganya yang agak murah, tablet dengan pltform Android 5.0 Lollipop ini dilihat meyerupai reka bentuk model 8.0 inci ASUS ZenPad 8.0 dengan kerangka belakang lebih moden dan pilihan warna yang lebih menarik. Bukan itu saja, ia merupakan kerangka belakang yang boleh ditukar ganti mengikut warna serta corak kesukaan.

Untuk spesifikasi, Asus ZenPad 7.0 (Z370CG) dikuasai dengan pemproses Intel Atom x3-C3230 dengan CPU 8 teras serta 2 GB RAM. Peranti ini juga hadir dengan 16 GB memori terbina serta slot microSD yang boleh dipasang sehingga 128 GB.

Asus ZenPad 7.0 Kini Di MalaysiaAsus ZenPad 7.0 dengan rekaan lebih Moden dan Elegan

Untuk sebuah tablet mampu milik, 8 Megapixel kamera di bahagian belakang sudah cukup memadai serta 2 Megapixel dibahagian hadapan untuk panggilan video. Selain itu, Asus turut menekankan DTS-HD premium sound pada tablet ini bagi memberikan pengalaman multimedia yang lebih sempurna. Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada Asus ZenPad 7.0 termasuk bateri Li-Po (13 Wh), sambungan rangkaian 3G, Wifi, Bluetooth dan sebagainya.