Tiga Saluran Baru AstroAstro Memperkenalkan 3 Saluran Baru Mulai 31 Ogos

Tiga Saluran Baru Astro akan menemui penonton 31 Ogos ini. Antaranya HGTV HD, Nat Geo People HD, dan Star Chinese.

Bagi memenuhi 18 juta penonton di selurun negara, Astro telah memperkenalkan tiga saluran baru Astro yang mula disiarkan pada 31 Ogos ini. Tiga saluran tersebut ialah HGTV HD (Saluran 731), Nat Geo People HD (Saluran 725), dan Star Chinese (Saluran 315).

HGTV HD merupakan saluran berbentuk dokumentari mengenai hiasan dalam rumah dan laman. Antara kandungan-kandungan menarik untuk saluran ini termasuk Ellen`s Design Challenge, Cousin Undercover dan sebagainya. Ia akan ditawarkan melalui Metro Pack.

Untuk saluran Nat Geo People HD pula memaparkan maklumat mengenai budaya serta tempat-tempat menarik di serata dunia. Manakala saluran Star Chinese pula merupakan kandungan bahasa Mandarin dengan menawarkan drama dan rancangan huburan yang menarik. Saluran ini boleh dilanggan secara ala carte  dengan harga RM5.30 sebulan termasuk GST.

Tags