zenfoneAsus lancar variasi Zenfone : Zenfone 2 Deluxe, Laser dan Max

Baru-baru ini Asus telah mengadakan satu majlis khas di India yang dinamakan ZenFestival bagi memperkenalkan beberapa ahli keluarga baru untuk Zenfone. Antara peranti yang diperkenalkan termasuk Asus ZenFone 2 Deluxe dengan rekaan kerangka belakang yang lebih bergaya, Asus ZenFone 2 Laser dengan laser autofokus serta Asus Zenfone Max dengan kapasiti bateri yang besar. 

Asus ZenFone 2 Deluxe

Asus ZenFone 2 Deluxe

Untuk spesifikasi, Asus ZenFone 2 Deluxe tidak jauh bezanya dengan Zenfone 2 yang dilancarkan Januari lalu. Namun untuk kerangka luar ia hadir dengan rekaan yang lebih bergaya dengan tekstur permata di bahagian belakang. Peranti ini hadir dengan tiga pilihan warna termasuk putih, unggu dan merah jambu.

  • Skrin sebesar 5.5-inci, resolusi 1080p, Corning Gorilla Glass 3
  • Intel Atom Z3560 Quad-Core 1.8 GHz atau Intel Atom Z3580 Quad-Core 2.3 Ghz
  • 4 GB RAM
  • 64 atau 128 GB internal memori serta sokongan slot tambahan microSD
  • Android 5.0 dengan Asus Zen UI
  • 13 MP kamera utama dengan dual-tone LED flash dan 5MP kamera hadapan
  • Dual-SIM dan LTE
  • 3,000mAh bateri

 

Asus ZenFone 2 Laser

Asus ZenFone 2 Laser

Menjadi keutamaan untuk peranti ini ialah kemampuan laser autofokus yang terdapat pada bahagian belakangnya yang turut disertakan dengan dual-LED flash untuk pencahayaan yang lebih baik. Peranti ini hadir dengan tiga variasi dengan pemproses dan saiz paparan yang berbeza. Antara spesifikasi Asus ZenFone 2 Laser seperti di bawah.

  • Skrin sebesar 5.5-inci atau 6-inci, resolusi 720p, Corning Gorilla Glass 4
  • Snapdragon 410 atau Snapdragon 615
  • 2 atau 3 GB RAM
  • 16 GB internal memori serta sokongan slot tambahan microSD
  • Android 5.0 dengan Asus Zen UI
  • 13 MP kamera utama dengan dual-tone LED flash, laser autofokus dan 5MP kamera hadapan
  • Dual-SIM dan LTE
  • 3,000mAh bateri

 

Asus ZenFone Max

Asus ZenFone Max

Sebenarnya Asus Zenfone Max bukanlah hadir dengan skrin yang besar seperti peranti lain yang menggunakan nama “Max” di belakangnya. Namun nama “Max” untuk peranti ini merujuk kapasiti bateri yang sangat besar iaitu 5000mAh. Satu-satunya peranti yang memiliki kapasiti sebesar itu. Lebih menarik lagi peranti ini boleh dijadikan seperti Power Bank untuk mengecas peranti lain.

  • Skrin Gorilla Glass 4
  • Qualcomm Snapdragon 64-bit
  • 13 MP kamera utama dengan dual-tone LED flash dan 5MP kamera hadapan
  • Dual-SIM dan LTE
  • 5,000mAh bateri