Aplikasi Windows Universal Windows RT Tidak Akan Menyokong Aplikasi Universal

Windows RT akan menerima kemaskini terbaru pada bulan hadapan. Namun fungsi Aplikasi Windows Universal tidak menyokong untuk platform tersebut.

Semalam, Microsoft telah mendedahkan mereka akan mengeluarkan kemaskini terbaru untuk Windows RT yang dijangka hadir pada bulan hadapan. Kemas kini ini membawakan beberapa fungsi baru termasuk Start Menu yang akan dikembalikan. Ada juga mengatakan kemas kini ini sedikit sebanyak akan menyerupai Tablet Mode pada Windows 10. 

Bercakap mengenai Windows 10, salah satu keistimewaannya ialah menyokong Aplikasi Windows Universal yang sesuai digunakan untuk kesemua jenis peranti termasuk Desktop, telefon pintar, tablet dan XBox. Erti kata lain ialah satu aplikasi yang sesuai digunakan pada kesemua jenis saiz paparan, skrin sentuh atau tetikus dan papan kekunci, Stylus dan juga Game Controller.

Namun, Malangnya untuk pengguna Windows RT dimana fungsi ini tidak akan hadir untuk Windows RT. Pegguna Windows RT masih boleh memuat turun dan membeli aplikasi di Windows Store. Namun untuk aplikasi yang baru mungkin tidak akan disokong.

Kemaskini Windows RT 8.1 Update 3 akan hadir bulan hadapan. Mungkin kita boleh lihat beberapa perkara baru yang dibawakan Microsoft untuk pengguna Windows RT.

Sumber : PCWorld