Xiaomi akan memperkenalkan Xiaomi MiUi 7 yang merupakan ROM yang berasaskan Android 5.1 Lollipop untuk peranti Mi 4, Mi 4i, Mi Note, dan Mi Note Pro.
MiUi merupakan salah satu kelebihan untuk peranti keluaran Xiaomi. Ia merupakan ROM yang berasaskan Android dengan antaramuka yang lebih kemas dengan pelbagai ciri-ciri tambahan pada sistem Android. Kini, ianya telah mencapai ke versi ke-6 dan pada 13 Ogos ini, Xiaomi dijangka akan memberkenalkan MiUi versi ke-7 yang berasaskan Android 5.1. [AdsPost]
Seperti biasa, ROM versi baru ini akan hadir ke produk perdana Xiaomi termasuk Mi 4, Mi 4i, Mi Note, dan Mi Note Pro. Untuk peranti yang lebih lama berkemungkinan akan menyusur kemudian.
Tentang ciri-ciri barunya masih belum didedahkan. Namun antaramukanya berkemungkinan tidak jauh beza dengan MiUi 6 dangan antaramuka ringkas, warna-warni dan ikon yang telah ditukar sepenuhnya.
Selain itu, Xiaomi juga dijangka akan memperkenalkan sesuatu 16 Ogos yang merupakan ulang tahun Xiaomi. Mungkin kita akan melihat peranti baru keluaran Xiaomi pada majlis tersebut.
Sumber : GizmoChina