Xiaomi MiUi 7Xiaomi MiUi7 Diperkenalkan Berasaskan Android 5.1

Xiaomi MiUi 7 dilancarkan, Antara ciri-ciri baru termasuk pengimbas wajah pada Galeri serta Antaramuka yang lebih menarik.

Seperti yang dijanjikan, Xiaomi telah memperkenalkan ROM MiUi 7 yang berasaskan Android 5.1 Lollipop yang telah diadakan di China. Untuk platform baru ini, MiUi 7 membawakan beberapa penambahan ciri baru termasuk antara muka yang lebih minimalis serta tema bewarna merah jambu untuk pengguna wanita. 

Xiaomi juga telah membawakan, teknologi pengesan wajah yang memudahkan carian gambar potret di dalam aplikasi galeri gambar. Sekiranya anda peminat haiwan, sudah tentu ia juga boleh mengelaskan dan membezakan gambar-gambar haiwan anda.

Selain itu, MiUi 7 juga hadir dengan fungsi yang dipanggil Mi Roaming yang merupakan salah satu kemudahan pada yang gemar melancong tanpa perlu membeli simkad baru ketika di negara asing untuk mendapatkan rangkaian internet. Buat masa ini fungsi ini hanya boleh digunakan di China sahaja.

Xiaomi MiUi 7Fungsi pengimbas wajah pada aplikasi Galeri
Xiaomi MiUi 7Hadir pilihan tema merah jambu untuk wanita

Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada MiUi 7 termasuk menetapkan video pada kenalan yang boleh dimainkan ketika kenalan anda menelefon serta mod untuk kanak-kanak yang boleh menyekat akses kepada aplikasi tertentu.

MiUi 7 akan mula ditawarkan untuk pengguna Xiaomi Mi 2, Mi 2S, Mi 2A, Mi 3, Mi 4, Mi Note, Redmi, dan Redmi Note di China bermula esok. Untuk pengguna yang lain, Xiaomi MiUi 7 akan diperkenalkan secara rasmi pada 19 Ogos ini.

Sumber : MiUi