Xiaomi Redmi Note 2Xiaomi Redmi Note 2 Hadir Dengan Skrin 5.5″, Cip Helio X10, 13 MP Kamera

Spesifikasi Xiaomi Redmi Note 2 Hadir Dengan Skrin 5.5 Inci 1080p, Cip Helio X10, Kamera 13 MP Dengan Harga Sekitar RM599.

Selain MiUi 7 yang diperkenalkan hari ini, Xiaomi turut memperkenalkan beberapa produk lain termasuk sebuah telefon bimbit kelas pertengahan dengan harga yang jauh lebih murah. Peranti tersebut ialah Xiaomi Redmi Note 2 yang merupakan kesinambungan kepada model Redmi Note sebelum ini.

Spesifikasi Xiaomi Redmi Note 2 telah bawakan pelbagai penambahbaikan dari reka bentuk, prestasi, paparan, kamera dan pelbagai lagi. Peranti ini hadir dengan skrin sebesar 5.5 inci dengan resolusi HD1080p. 

Prestasinya boleh dikatakan agak baik dengan cip pemproses MediaTek Helio X10 dengan CPU 8 teras. Sebelum ini kita telah lihat kemampuan cip Helio X10 pada peranti perdana HTC One E9+ yang baru dilancarkan untuk pasaran Malaysia beberapa minggu lalu. Untuk Xiaomi Redmi Note 2 yang menggunakan cipset Helio X10, Paparan HD dengan harga mampu milik sudah tentu ia menjadi pilihan apabila dilancarkan di Malaysia kelak.

Xiaomi Redmi Note 2 Xiaomi Redmi Note 2 Xiaomi Redmi Note 2

Untuk kameranya pula, Xiaomi Redmi Note 2 membawakan sensor 13 Megapixel hasil sentuhan dari Samsung. Tiada OIS dan tiada Dual LED Flash untuk peranti ini. Di bahagian hadapan pula, ia hadir dengan kamera 5 Megapixel yang direka khas oleh OmniVision untuk panggilan video dan juga selfie.

Lain-lain spesifikasi termasuk sokongan Dual Sim, bateri 3,020mAh, Wifi, Infra-Red dan sudah tentunya menggunakan MiUi 7 yang baru dilancarkan. Mengenai harga Xiaomi Redmi Note 2 pula akan dipasarkan sekitar USD125 (RM509) untuk versi 16 GB dan variasi 32 GB yang dipanggil Xiaomi Redmi Note 2 Prime pula berharga USD156 (RM629).

Sumber : MiUi