Acer Revo BuildAcer Perkenal PC Modular Pertama, Acer Revo Build

Acer Revo Build merupakan Sebuah PC Modular yang terdiri daripada beberapa modul yang boleh ditukar ganti dengan mudah.

Tidak habis pada Acer Predator 8 dan Acer Predator 6 sahaja, Acer turut memperkenalkan sebuah PC modular yang dinamakan Acer Revo Build. Bercakap mengenai peranti Modular sudah tentu kita terbayang bayang Projek Ara yang kini masih lagi belum ada penghujungnya. Acer kini cuba bawakan konsep yang sama namun digunapakai pada sebuah PC. 

Acer Revo Build memiliki lima bahagian utama dimana setiap modul disatukan mengguna magnet. Tiada skru atau wayar diperlukan untuk sambungan antara modul. Modul-modul tersebut terdiri daripada PC Utama, Graphics Block, Voice Block, Portable Hard Drive dan juga Wireless PowerBank.

Acer Revo Build

Menurut Acer, mereka akan bawakan lebih banyak modul-modul pada masa akan datang bagi memudahkan pengguna membangunkan PC sendiri. Konsep PC ini juga akan memudahkan pengguna untuk baiki atau menaiktaraf PC tanpa perlu menukar keseluruhan PC.

Acer Revo Build akan hadir dengan Windows 10 dan ia dijangka akan dipasarkan sekitar €249 atau bersamaan RM1200. Buat masa ini Acer belum mengumumkan secara jelas tarikh dan kawasan ia dipasarkan.