Predator1Acer Predator 8, Tablet Untuk Gamer Pada Harga USD299

Acer Telah Perkenalkan 2 Peranti Predator Untuk Kaki Gamer Iaitu Tablet Acer Predator 8 dan Smartphone Acer Predator 6.

Acara IFA 2015 yang berlangsung di Berlin telah pon bermula dan Acer antara yang terawal memperkenalkan model-model baru keluaran mereka. Salah satu peranti yang mendapat perhatian hari ini ialah Acer Predator 8 yang merupakan sebuah tablet 8 inci khas untuk yang gemarkan permainan digital. 

Rekaannya juga agak unik dengan empat pembesar suara di bahagian penjuru bagi memberi pengalaman yang lebih baik ketika bermain permainan video atau menonton video. Acer Predator 8 GT-810 membawakan spesifikasi tinggi yang membolehkan ia dipasang dengan aplikasi permainan bergrafik tinggi. Ia hadir dengan skrin sebesar 8.0 inci dengan resolusi 1920×1080 pixel.

Acer Predator 8, Tablet Untuk Gamer

Di dalamnnya pula, ia hadir dengan pemproses Intel Atom x7-Z8700 dengan Intel HD Graphics (Gen 8 –LP) dan 2 GB RAM serta pilihan memori dalaman 32 GB atau 64 GB. Tablet ini juga hadir dengan slot microSD dan 2×2 MIMO Wifi untuk sambungan internet yang lebih lancar.

Acer Predator 8 GT-810 juga dikuasai oleh platform Android 5.1 Lollipop yang menyokong pen stylus. Bagi harganya pula, ia akan berada di pasaran pada 6 November ini yang dijual pada harga sekitar USD299 atau bersamaan RM1200.

Acer Predator 8, Tablet Untuk Gamer

Selain Acer Predator 8 yang dilancarkan pada IFA 2015 hari ini, Acer turut memperkenalkan satu lagi peranti dibawah jenama Acer Predator 6 yang merupakan telefon pintar berkuasa dengan 6.0 inci skrin. Rekaannya menggunakan konsep yang sama dengan Predator 8 namun spesifikasinya berbeza.

Peranti ini merupakan peranti antara yang terawal yang menggunakan cip Helio X20 dengan Deca-Core CPU (10 Teras) dan juga 4 GB RAM. Di bahagian belakang pula tertera kamera 21 Megapixel yang berkemungkinan besar dari Sony. Harganya tidak didedahkan dan berkemungkinan akan dipasarkan pada tarikh yang sama dengan Acer Predator 8.