alcatelAlcatel Flash 2 Dilancarkan, Peranti Fokus Pada Fotografi

Alcatel Flash 2 Dilancarkan, Merupakan Peranti Fokus Pada Fotografi Terbaik Dari Alcatel Dengan 13 MP Kamera, RealTone Dual Flash Dan Sebagainya.

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, Alcatel hari ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka yang dinamakan sebagai Alcatel Flash 2. Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, peranti ini akan membawakan “Inovasi Hijau” yang merujuk pada fungsi fotografinya. 

Menjadi keutamaan pada peranti ini sudah tentu fungsi pengambaran yang ada padanya. Alcatel Flash 2 hadir dengan teknologi yang dinamakan “gSight” yang membawakan kamera 13 Megapixel ƒ/2.0 bagi mengambil gambar yang lebih tajam, cerah dan jelas. Kamera utamanya juga hadir dengan RealTone Dual Flash yang memberi kelebihan untuk fotografi terutamanya didalam keadaan kekurangan cahaya. Untuk kamera hadapan pula, ia membawakan 5 Megapixel dengan pelbagai mod khas untuk gambar selfie yang lebih baik.

Alcatel Flash 2

Selain itu, peranti ini membawakan paparan sebesar 5.0 inci dengan resolusi HD 720p. Didalamnya pula tertera pemproses Mediatek MTK6753 8-Core 1.3 GHz dan 2 GB RAM. Ia juga menawarkan memori dalaman sebesar 16 GB yang menyokong ruangan memori tambahan sehingga 128 GB.

Antara ciri-ciri lain yang hadir pada peranti ini termasuk bateri 3000mAh, sokongan Dual SIM dan 4G LTE serta tersedia dipasang dengan platform Android 5.1 Lollipop.

Spesifikasi Alcatel Flash 2
Platform Android 5.1 Lollipop
Processor Mediatek MTK6753 64bit 8-Core 1.3 GHz
Memory 16 GB, 2 GB RAM
Display 5.0 inches, 720 x 1280 pixels (HD)
Camera 13 Megapixel, RealTone Dual Flash
Front Cam. 5 Megapixel
Battery Lithium-Ion 3000mAh Battery
Features
  • Dual SIM Support
  • LTE Connectivity
Price
Lihat Juga Spesifikasi Peranti Alcatel Yang Lain

Buat masa ini harga Alcatel Flash 2 belum didedahkan dan ia akan dipasarkan di Malaysia 15 Oktober ini dengan dua pilihan warna Volcanic Grey dan Mica White. Di Malaysia ia akan dijual secara eksklusif di Lazada Malaysia.