Alcatel OneTouch Flash2Alcatel OneTouch Flash2 Diperkenalkan 22 September Ini

Alcatel OneTouch Flash2 Dengan ciri-ciri “Kuasa Hijau” Diperkenalkan Secara Live Pada 22 September Ini, Jam 4 Petang Waktu Malaysia.

Alcatel akan mengadakan acara khas pada 22 September ini bagi memperkenalkan peranti terbarunya, Alcatel OneTouch Flash2. Acara sidang media secara atas talian itu akan berlansung pada jam 4 petang waktu Malaysia pada 22 September ini dan boleh ditonton secara lansung di Website Alcatel

Seperti maklumat yang telah diemailkan kepada media, Alcatel OneTouch Flash2 akan hadir dengan skrin sebesar 5.0 inci dengan ciri-ciri “Kuasa Hijau” yang terdapat pada peranti tersebut. Lain-lain spesifikasi dan maksud “Kuasa Hijau” yang dinyatakan masih lagi belum dijelaskan.

Menyingkap kembali pada Alcatel OneTouch Flash yang dilancarkan setahun yang lalu, ia dilengkapi dengan skrin HD sebesar 5.5 inci. Ia juga hadir dengan 13 Megapixel kamera utama serta 5 Megapixel di bahagian hadapan. Untuk prestasinya pula, Alcatel OneTouch Flash hadir dengan cip Mediatek MT6592M dengan kepantasan CPU Octa-core 1.4 GHz.

Untuk model baru yang bakal dilancarkan ini, Alcatel telah menurunkan kepada 5.0 inci untuk paparannya. Mungkin kebanyakan pengguna lebih mengesyorkan saiz 5.0 inci untuk telefon pintar yang lebih sesuai untuk gengaman dan mudah dibawa didalam poket.

Untuk mengatahui lebih lanjut mengenai Alcatel OneTouch Flash2 dan “Kuasa Hijau” yang ada padanya, kita boleh lihat pada 22 September ini secara lansung di Website yang disediakan.