apple3Apple iPhone 6S Dan 6S Plus Diperkenalkan Dengan 3D Touch

Apple iPhone 6S Dan 6S Plus Telah Diperkenalkan Dengan Pelbagai Fungsi Dan Penambahbaikan Termasuk Pada Kamera, Prestasi Dan Sebagainya.

Semalam telah berlansungnya majlis khas Apple bagi memperkenalkan peranti-peranti terbaru mereka. Seperti desas-desus sebelum ini, Apple telah melancarkan duatelefon pintar mereka iaitu Apple iPhone 6S dan Apple iPhone 6S Plus yang mungkin penambahbaikan terbesar dalam sejarah iPhone. 

Apple iPhone 6S membawakan pembaharuan bukan sahaja pada prestasinya malah turut membawa kemaskini besar pada sistem kameranya dengan sensor 12 Megapixel yang baru dan berkebolehan membuat rakaman video dalam resolusi 4K. Pada masa yang sama, Apple turut memperkenalkan platform terbaru iOS 9 yang tersedia dipasang pada pada peranti baru ini. Untuk spesifikasi penuh serta perbandingan spesifikasi antara model terdahulu boleh merujuk di jadual bawah.

Apple iPhone 6S Plus Apple iPhone 6 Plus
Platform iOS 9 iOS 8.4
Processor Apple A9 Apple A8
RAM 2 GB RAM 1 GB RAM
Memory 16 / 64 / 128 GB 16 / 64 / 128 GB
Display 5.5 inches 5.5 inches
Resolution 1080 x 1920 pixels 1080 x 1920 pixels
Camera 12 Megapixel 8 Megapixel
Front Cam. 5 Megapixel 1.2 Megapixel
Battery Li-Po 2915 mAh Li-Po 2915 mAh
Features
  • Fingerprint sensor
  • Fingerprint sensor
Price USD749 – USD949 RM3100 – RM3699

Untuk Apple iPhone 6S pula tidak jauh bezanya dengan versi Plus. Bezanya ialah versi Plus hadir dengan 5.5 inci skrin manakala Apple iPhone 6S pula dilengkapi dengan skrin sebesar 4.7 inci dengan resolusi 750 x 1334 pixels. Lain-lain spesifikasi adalah sama.

apple2Hadir Dengan 4 Pilihan Warna

Selain kamera yang telah ditingkatkan, cip pemproses yang baru dan RAM. Lebih banyak funsi baru yang diperkenalkan untuk peranti Apple kali ini. Jadi, mari kita lihat penambahbaikan yang dibawa peranti ini serta ciri-ciri baru padanya.

12 Megapixel Kamera Dengan Penstabilan Imej OIS

Sejak sekian lama Apple menggunakan kamera 8 Megapixel pada iPhone, Akhirnya buat pertama kali mereka mengunakan 12 Megapixel pada perantinya. Bukan itu sahaja, Apple turut menggunakan sensor yang lebih besar dengan phase-detection auto-focus untuk kadar fokus yang lebih cepat.

apple1Kamera Yang Telah Ditingkatkan

Perkara yang lebih utama pada kameranya ialah ia menyokong rakaman video 4K serta berkebolehan menyuntingnya menggunakan aplikasi iMovie pada iPhone.

Bukan sahaja pada kamera utama, Apple turut menaiktaraf kamera hadapan kepada 5 Megapixel untuk kualiti gambar selfie yang lebih baik. Selain itu, Apple turut memperkenalkan fungsi baru pada kameranya yang dinamakan Live Photo dimana ia berkebolehan mengambil gambar bergerak seolah-olah gambar GIF.

Sentuhan Skrin Lebih Menarik Dengan 3D Touch

Sebelum ini Apple telah memperkenalkan teknologi Force Touce yang digunapakai pada jam pintar Apple Watch. Untuk iPhone 6S pula ia telah ditingkatkan dan dipanggil 3D Touch. Ia mengubah cara anda menggunakan skrin sentuh pada iPhone dimana kadar sentuhan dengan yang berbeza digunakan untuk mencapai sesuatu menu atau fungsi. Untuk lebih mudah mari kita lihat video dibawah bagaimana fungsi 3D Touch digunakan.

Fungsi 3D Touch Pada iPhone 6S

Lagi 10 Perkara Baru Pada iPhone 6s

  • Untuk mengatasi masalah “BendGate” sebelum ini, Apple iPhone 6S diperbuat dari Aluminum Alloy yang telah ditingkatkan.
  • Pertama kalinya, iPhone hadir dalam warna merah jambu.
  • Pemproses Apple A9 yangdikatakan 70% lebih baik prestasinya.
  • Memangil SIRI dengan lebih mudah dengan memanggilnya “Hey, Siri”
  • Buat pertamakalinya Apple hadir dengan Live Wallpaper
  • Modem yang ditingkatkan untuk capaian rangkaian yang lebih stabil dan pantas
  • Pengimbas Cap jari yang lebih pantas
  • Hadir dengan aksesori rasmi seperti Metalic Dock, Leather Case dan sebagainya.
  • Rakaman gerak perlahan kini menyokong sehingga resolusi HD1080p