Asus VivoStick Asus VivoStick Diperkenalkan, Sebuah PC Bersaiz Poket

Asus VivoStick Merupakan Sebuah PC Bersaiz Poket Yang Dijalankan Menggunakan Windows 10 Serta Dengan Harga Mampu Milik.

Sebelum ini Lenovo dan Intel telah melancarkan PC bersaiz pendrive yang dinamakan Lenovo IdeaCentre Stick 300 dan Intel Compute Stick. Ia merupakan sebuah PC yang perlu disambung ke monitor atau TV LCD melalui sambungan HDMI. 

Bertempat di IFA 2015, Asus telah melancarkan PC poketnya sendiri yang dinamakan sebagai Asus Vivo Stick yang telah tersedia dipasang dengan Windows 10 dan rekaan yang lebih menarik. Ia hadir dengan tiga pilihan warna hitam, putih dan biru.

Mengenai spesifikasinya, peranti kecil ini membawakan ruang memori sebesar 32 GB yang hadir dengan 2 GB RAM. Pemprosesnya tidak dinyatakan dengan jelas namun sudah tentunya ia menggunakan cipset dari Intel.

Asus VivoStick membawakan sambungan keluar ke monitor atau TV LCD melalui sambungan HDMI. Ia turut menyediakan port microSD untuk pengecasan, dua port USB 2.0 untuk papan kekunci serta tetikus serta sambungan audio jack.

Asus VivoStick akan dijual pada harga USD129 atau bersamaan RM559. Tarikh pasarnnya juga masih lagi belum jelas.

Sumber : Asus