Google Chromecast 2 dan Google Chromecast AudioChromecast 2 Dan Chromecast Audio, Cara Baru Untuk Berhibur

Google turut memperkenalkan dua gajet baru pada acara Google hari ini iaitu Chromecast 2 dan Chromecast Audio yang merupakan peranti multimedia yang digunakan untuk menonton video dan mendengar lagu dengan mudah. 

Google Chromecast 2

Google Chromecast 2 merupakan model generasi kedua dimana ia membenarkan anda memaparkan segala kandungan video pada Telefon Pintar, Tablet mahu pon Laptop terus ke kaca TV dengan menggunakan sambungan HDMI. Bukan itu saja, ia turut menyokong laman-laman seperti Youtube, iFlix dan banyak lagi. Tentu lebih seronok sekiranya dapat menonton video-video serta movie yang terdapat di Youtube dan iFlix di kaca TV yang lebih besar tanpa pemasangan yang menyusahkan.

Google Chromecast 2Chromecast 2 dipasang di belakang TV menggunakan port HDMI

Google Chromecast 2 hadir dengan tiga pilihan warna iaitu kuning, merah dan hitam. Menurut Google, peranti ini membawakan sambungan WIFI yang lebih pantas berbanding model sebelumnya bagi memastikan pengalaman menonton video yang lebih baik terutamanya ketika menonton video diatas talian.

Bagi harganya pula, peranti kecil ini jauh lebih murah dari pesaingnya dimana ia dijual pada harga serendah USD35 atau bersamaan RM150. Bercakap mengenai pesaingnya, harga Apple TV yang baru dijual pada harga USD139 (RM610) atau USD199 (RM870) manakala Amazon Fire TV pula dijual pada harga USD99 (RM430).

Google Chromecast Audio

Google Chromecast Audio pula hadir dengan konsep yang sama dengan Chromecast 2 namun ia lebih mengfokuskan pada Music sahaja. Dengan adanya peranti ini ia mengubah speaker biasa anda kepada yang lebih pintar dengan sambungan Wifi. Begitu juga peranti ini yang boleh mengawal lagu-lagu yang terdapat pada telefon pintar dan boleh dimainkan terus ke speaker dengan sambungan input 3.5mm AUX.

Google Chromecast AudioHanya perlu sambungkan Chromecast Audio pada Speaker

Pada masa yang sama, Google turut mengumumkan beberapa aplikasi termasuk Spotify menyokong sepenuhnya Google Chromecast Audio. Lebih banyak aplikasi yang menyokong Chromecast Audio akan hadir selepas ini. Mengenai harganya pula, Google Chromecast Audio juga dijual pada harga USD35 atau bersamaan RM150.