IPADPROCiri-Ciri Utama Terdapat Pada iPad Pro

Beberapa hari yang lepas Apple telah memperkenalkan tablet yang bersaiz besar iaitu Apple iPad Pro bersama dengan tiga peranti lain termasuk Apple iPad Mini 4, Apple iPhone 6S dan Apple iPhone 6S Plus. Tablet ini membawakan paparan yang sangat besar iaitu 12.9 inci dengan resolusi 2048 x 2739 pixels dengan ketumpatan skrin 265 PPI. Menurut Apple, paparannya memiliki 5.6 juta pixel keseluruhannya dan ianya lebih jelas dan terperinci berbanding skrin Retina yang terdapat pada MacBook. 

Bagi yang belum tahu mengenai spesifikasi iPad Pro boleh melihatnya di bawah ini.

Spesifikasi Apple iPad Pro
Platform iOS 9
Processor Apple A9X
RAM 2 GB RAM
Memory 32 GB / 128 GB
Display 12.9 inches
Resolution 2048 x 2739 pixels
Camera 8 Megapixel
Front Cam. 1.2 Megapixel
Battery Li-Po
Features
  • Fingerprint sensor
  • Apple Pencil Stylus
  • Optional Apple Smart Keyboard Magnetic Dock
Price USD799 – USD1079
Lihat Juga Spesifikasi Penuh Apple iPad Pro

Selain paparannya yang besar dengan resolusi tinggi, jelas dan terperinci, Apple juga membawa beberapa ciri-ciri utama yang lain pada iPad Pro yang mungkin menjadi faktor utama kepada jualannya nanti. Antaranya..

Apple Bawakan Aksesori Khas Untuk iPad Pro

Seperti yang telah kita tahu, Apple telah bawakan dua aksesori baru khas untuk iPad Pro iaitu sebuah Stylus yang dinamakan Apple Pencil dan juga Apple Smart Keyboard dimana kedua-duanya akan dijual berasingan. Bedasarkan penyampaian Apple beberapa hari yang lepas, Apple Pencil hadir dengan teknologinya tersendiri yang dapat mengukur tekanan dan sudut bagi menghasilkan lakaran yang lebih realistik seolah-olah menggunakan pensil yang sebenar.

Apple Memperkenalkan Apple Pencil

Untuk Apple Smart Keyboard pula, ia menyerupai Surface Type Cover, namun memiliki konsep yang berbeza dimana ia telah tersedia dengan kaki berbanding tablet Surface yang memerlukan “KickStand” untuk ia berdiri. Kedua-dunya menggunakan teknik lekat yang sama iaitu dengan menggunakan magnet.

Empat Speaker Baru Yang Berkuasa

Antara salah satu kelebihan pada tablet besar ini ialah memiliki 4 pembesar suara terbina di bahagian sisinya. Ia memberikan pengalaman menonton video atau movie yang lebih baik pada iPad Pro. Menurut Apple juga, pembesar suara yang digunakan boleh dilaraskan secara automatik mengikut aturan landskap ataupon portrait bagi memberi kesan yang lebih maksima kepada kualiti bunyi dan sebagainya.

Kelantangan juga telah ditingkatkan dimana ianya 61% lebih lantang berbanding model iPad yang sebelumnya. Bukan itu sahaja, frekuensi juga telah ditambah baik untuk menghasilkan bunyi yang lebih tepat tanpa menggunakan pembesar suara tambahan.

Cip Pemprosesan Yang Lebih Pantas

Untuk model baru ini, Apple membawakan cipset Apple A9X yang baru. Ia dikatakan 1.8 kali lebih pantas berbanding model iPad Air 2 dari segi persembahan grafik dan juga prestasinya. Seperti yang ditunjukan semasa pelancaran, iPad Pro berkemampuan menjalankan aplikasi-aplikasi yang memerlukan grafik tinggi seperti aplikasi khas untuk Doktor menganalisis pesakitnya menggunakan aplikasi janaan 3D bagi melihat struktur tulang pesakit. Ia juga berkemampuan menjalankan aplikasi grafik seperti dari Adobe dan sebaginya dengan lancar.

Apple iPad Pro

Harga Dan Tarikh Pasaran Di Malaysia

Harga Apple iPad Pro dan tarikh pasaran masih belum didedahkan khusus di Malaysia. Namun untuk pasaran US ia akan hadir dalam tiga model dengan dua pilihan memori terbina 32 GB dan 128 GB. Model-model iPad Pro dan aksesorinya seperti yang ditunjukkan di bawah:

  • Apple iPad Pro (32 GB, Wifi) – USD799 (±RM3400)
  • Apple iPad Pro (128 GB, Wifi) – USD949 (±RM4000)
  • Apple iPad Pro (128 GB, Wifi + LTE) – USD1079 (±RM4600)
  • Apple Pencil – USD99 (±RM425)
  • Apple Smart Keyboard – USD169 (±RM726)

Untuk tarikh pasarannya pula, ia hadir sedikit lewat berbanding iPhone 6S dan iPad Mini 4 dimana untuk pasaran US hadir pada November ini. Bagi di Malaysia akan menyusur tidak lama selepas itu.