Google Nexus BaruAdakah Ini Gambar LG Nexus 5X ?

Google Akan Mengadakan Acara Khas Pada 29 September Ini Bagi Memperkenalkan LG Nexus 5X dan Huawei Nexus 6P Dengan Android 6.0.

Google Akhirnya akan mengadakan acara khas pada 29 September ini bagi memperkenalkan dua peranti Nexus seperti yang telah dikhabarkan sebelum ini. Google juga dijangka akan memperkenalkan Chromecast versi kedua pada acara tersebut. 

Mengenai peranti Nexus yang bakal dilancarkan, Ia dinamakan Google Nexus 5X dari LG dan juga Nexus 6P yang baru keluaran Huawei. LG Nexus 5X merupakan peranti bersaiz 5.2 inci yang hadir dengan resolusi HD1080p. Ia juga dijangka akan hadir dengan cipset Snapdragon 808 dengan keupayaan CPU Hexa-Core 1.8GHz dan pemproses grafik Adreno 418. Manakala untuk ruangan memori pula hadir dengan 2 GB RAM serta pilihan memori terbina 32 GB dan 64 GB.

Untuk fungsi pengambaran pula, LG Nexus 5X bakal membawakan kamera 13 Megapixel dengan sistem penstabilan imej OIS serta 5 Megapixel kamera hadapan untuk panggilan video. Untuk peranti ini juga turut hadir dengan kapasiti bateri 2700 mAH dan sudah tentunya dilengkapi dengan platform Android 6.0 Marshmallow yang baru.

Bagi Huawei Nexus 6P pula bakal hadir dengan spesifikasi yang lebih berkuasa. Ia akan dimuatkan dengan skrin sebesar 6.0 inci dengan resolusi 1440 x 2560 pixel, pemproses Snapdragon 810 cta-core 2GHz, 3 GB RAM, 32 GB Memori terbina, 3500mAh kapasiti bateri serta kamera 12 Megapixel di bahagian belakang. Peranti ini juga turut tersedia dengan Android 6.0 Marshmallow.