Harga Apple IPad Mini 4 Di MalaysiaHarga Apple IPad Mini 4 Di Malaysia Serendah RM1599

Apple iPad Mini 4 Bakal Hadir Di Malaysia. Apple Malaysia Mula Mengemaskini Laman Mereka Dengan Menawarkan Harga Serendah RM1599.

Beberapa minggu yang lalu, Apple telah memperkenalkan Apple iPad Mini 4 bagi menggantikan model terdahulu. Ianya telah dilancarkan dengan harga pasaran global dari USD399 sehingga USD729. Bagi di Malaysia pula, Apple Malaysia telah membuat kemaskini terbaru dan meletakan harga untuk iPad Mini 4 bermula dari RM1599 sehingga RM2899. Namun buat masa ini ia masih lagi belum dibuka untuk pembelian dengan status “Pending Regulatory Approval”. 

Untuk pasaran Malaysia, Apple iPad Mini 4 akan ditawarkan kesemua model WIFI dan LTE serta pilihan memori 16 GB, 64 GB serta 128 GB. Ia juga hadir dengan tiga pilihan warna termasuk emas, perak dan kelabu. Senarai harga Apple iPad Mini 4 boleh rujuk jadual di bawah.

Harga Apple iPad Mini 4
Wifi Only Version, 16 GB RM1,599
Wifi Only Version, 64 GB RM1,999
Wifi Only Version, 128 GB RM2,399
Cellular Version, 16 GB RM2,099
Cellular Version, 64 GB RM2,499
Cellular Version, 128 GB RM2,899
Lihat Juga Spesifikasi Penuh Apple iPad Mini 4

Mengenai spesifikasi Apple iPad Mini 4, tidak jauh bezanya dengan model terdahulu. Ia hadir dengan skrin sebesar 7.9 inci dengan resolusi 1536 x 2048 pixels, 8 Megapixel kamera utama serta 1.2 Megapixel kamera hadapan dan juga pengimbas cap jari. Prestasinya juga telah ditingkatkan dengan cip Apple A8 serta bakal hadir dengan iOS9.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan Apple iPad Mini 4, boleh mendapatkan di laman rasmi Apple Malaysia apabila ia mula dibuka untuk jualan.