Leagoo C1Leagoo C1 Kini Di Malaysia Dengan Harga Serendah RM99

Leagoo C1, Sebuah Telefon Bimbit Murah, Dengan Skrin 2.4 Inci, Kamera 1.3 Megapixel, Lampu Suluh Serta Harga Dibawah RM100.

Leagoo, Jenama telefon pintar yang semakin mendapat tempat di pasaran Malaysia telah menambah satu lagi peranti mampu milik untuk pasaran tempatan yang dinamakan Leagoo C1. Ia merupakan salah satu peranti yang boleh didapati dibawah RM100 yang hadir dengan ciri asas telefon bimbit serta menyokong Dual SIM. 

Rekaannya juga agak menarik dengan lima pilihan warna belakang termasuk biru, merah, hitam, putih dan emas. Di bahagian hadapannya pula hadir dengan skrin warna sebesar 2.4 inci dengan papan kekunci memandangkan ia tidak menyokong fungsi skrin sentuh. Selain itu, Leagoo C1 turut menyokong slot microSD sehingga 32 GB yang boleh memuatkan beratus lagu didalamnya.

Di bahagian belakangnya pula tertera kamera 1.3 Megapixel dan tiada kamera hadapan untuk peranti ini. Antara kelebihan untuk peranti ini ialah memiliki masa bertahan sehingga 400 jam untuk mod standby dan 8 jam masa berbual. Ia juga hadir dengan lampu suluh dibahagian atas peranti ini.

Di Malaysia, Leagoo C1 dijual dengan harga RM99 yang boleh didapati di pengedar rasmi peranti Leagoo.