Leagoo Elite 1 Hadir Dengan Kamera Utama 16 Megapixel, Pemproses Octa-Core, 3 GB RAM, Pengimbas Cap Jari Dan Harga RM999.
[AdsLink]Leagoo Malaysia hari ini telah mengumumkan peranti perdana terbaru darinya dengan spesifikasi yang setanding peranti perdana yang lain pada harga yang lebih mampu milik. Rekaannya juga dilihat agak premium dan elegan dengan kerangka logam yang dilapisi lapisan Gorila Glass di bahagian hadapan dan belakang yang hadir tiga pilihan warna hitam, putih dan emas. [AdsPost]
Untuk harga Leagoo Elite 1, ianya lebih murah berbanding peranti perdana yang lain malah lebih murah kebanyakan peranti pertengahan atas yang ada di pasaran sekarang. Ia akan mula dipasarkan pada 25 September ini di seluruh negara dengan harga RM999.
Untuk spesifikasi Leagoo Elite 1, ia merupakan peranti 5.0 inci dengan resolusi HD 1080p yang membawakan 440PPI ketumpatan skrin memberikan paparan yang jelas, semulajadi dan terang. Lebih menarik lagi, peranti ini membawakan pengimbas cap jari bagi memberikan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik dan mudah.
Prestasinya juga berada pada kelasnya tersendiri dengan cip 64-Bit MediaTek MT6753 Octa-Core 1.3 GHz dan 3 GB RAM. Ruang memori juga agak besar dengan 32 GB serta sokongan slot microSD sehingga 64 GB.
Selain itu, antara salah satu kelebihan yang terdapat pada Leagoo Elite 1 adalah sistem kameranya. Ia menawarkan kamera 16 Megapixel dengan sensor dari Sony BSI serta 5P kanta resolusi tinggi dan bukaan F2.0. Ia juga hadir dengan dual tona LED flash di bahagian belakangnya. Manakala untuk kamera hadapan pula, hadir dengan 13 Megapixel juga menggunakan sensor dari Sony dan LED Flash.
Jadi, apa pendapata anda mengenai peranti perdana keluaran Leagoo ini ?. Peranti dengan 16 Megapixel kamera utama, 13 Megapixel dihadapan, prestasi yang cermelang serta pada harga RM999. Mungkin ia boleh dipertimbangkan untuk dimiliki.