phabplus2Lenovo Phab Plus Hadir Dengan 6.8 Inci FHD Skrin, 13MP Kamera

Lenovo Phab Plus Hadir Dengan Skrin Sebesar 6.8 Inci FHD Skrin, Snapdragon 615 Octa-Core 1.5GHz CPU, 13 Megapixel kamera.

Mungkin bagi sesetengah orang 6.0 inci skrin sudah terlalu besar untuk sebuah smartphone. Bagaimana pula dengan 6.8 inci pada peranti yang baru saja diperkenalkan Lenovo ini?. Lenovo baru sahaja memperkenalkan Lenovo Phab Plus yang merupakan sebuah phablet sebesar 6.8 inci dengan paparan HD penuh 1080p. Buat masa ini peranti ini hanya hadir untuk pasaran China. 

Skrinnya agak besar menyamai sebuah tablet 7.0 inci namun peranti ini boleh digunakan sebagai sebuah smartphone dengan ciri-ciri panggilan suara dan sms. Didalamnya pula, Lenovo Phab Plus membawakan cip pertengahan dari Snapdragon 615 64-Bit dengan keupayaan octa-core 1.5GHz CPU. Ia juga membawakan Adreno 405 GPU untuk persembahan grafik yang lebih baik serta 2 GB RAM.

phabplus

Di bahagian belakang pula tertera kamera 13 Megapixel dan 5 Megapixel di bahagian hadapan untuk panggilan video melalui Skype. Peranti ini juga tersedia dengan Android 5.0 dengan kehadiran antaramuka Vibe UI.

Antara spesifikasi lain yang hadir pada Lenovo Phab Plus termasuk sokongan Dual SIM dan sambungan internet 4G LTE, Wifi, Bluetooth, GPS serta kapasiti bateri 3500mAh.

Di pasaran, Lenovo Phab Plus akan hadir dengan 4 pilihan warna termasuk Metallic Gray, Midnight Blue, Neon Pink dan Elegant Silver platinum yang dijual sekitar USD400 atau bersamaan RM1560. Buat masa ini masih belum ada berita mengenai peranti ini bakal memasuki pasaran antarabangsa atau tidak.

Sumber : PhoneArena