Lenovo Phab PlusTempahan Untuk Lenovo Phab Plus Kini Dibuka di Malaysia

Tempahan Untuk Lenovo Phab Plus Kini Dibuka di Malaysia Pada Harga RM1199 Yang Boleh Didapati Dalam Warna Emas Dan Kelabu.

Jika anda sedang mencari sebuah telefon pintar bersaiz besar mungkin anda perlu melihat pada peranti Lenovo yang akan dilancarkan di pasaran tempatan. Peranti tersebut ialah Lenovo Phab Plus yang kini dibuka untuk tempahan pada harga RM1199 bermula 14 hingga 27 September ini. Lenovo Malaysia turut membuat promosi bagi yang menempah secara online termasuk diskaun RM100, Percuma muat turun lagu-lagu hangat serta 12 bulan percuma langganan majalah. 

Mengenai spesifikasinya, mungkin ramai yang agak keliru sama ada ia sebuah smartphone atau tablet memandangkan paparannya yang agak besar dengan skrin HD penuh 6.8 inci. Prestasinya juga boleh dikatakan agak baik dengan menggunakan pemproses kelas pertengahan Snapdragon 615 dengan kepantasan CPU Octa-Core 1.5 Ghz dan 3 GB RAM. Ia juga membawakan memori dalaman sebesar 32 GB yang menyokong slot tambahan untuk microSD yang boleh digunakan sehingga 64 GB.

Spesifikasi Lenovo Phab Plus
Platform Android 5.0 (Lollipop)
Processor Qualcomm MSM8939 Snapdragon 615
Memory 32 GB, 3 GB RAM
Display 6.8 inches, 1080 x 1920 pixels (FHD)
Camera 13 Megapixel
Front Cam. 5 Megapixel
Battery Li-Po 3500 mA
Features
  • Fingerprint sensor
Price RM1199
Lihat Juga Spesifikasi Penuh Lenovo Phab Plus

Untuk sebuah phablet yang besar ini, Lenovo telah mengenakan dengan 13 Megapixel dengan Dual LED Flash. Di bahagian hadapan pula tertera kamera 5 Megapixel untuk yang gemar berselfie.

Lenovo Phab Plus boleh didapai dalam tiga pilihan warna termasuk emas, kelabu dan perak. Namun untuk pasaran Malaysia, Lenovo hanya membawakan model emas dan kelabu. Bagi yang ingin membuat tempahan boleh mendaftarkan di Facebook Lenovo Malaysia.