LG ClassLG Class, Peranti Pertengahan Dengan Kerangka Logam

LG Class Telah Diperkenalkan Dengan 5.0 Skrin, 13 Megapixel Kamera, Pemproses Qualcomm Snapdragon 410 Dan Harga Sekitar RM1700.

LG hari ini telah mengumumkan sebuah peranti mampu milik yang dinamakan sebagai LG Class. Menarik mengenai peranti ini ialah hadir dengan reka bentuk dan kerangka yang diperbuat dari logam seolah-olah sebuah peranti kelas perdana. Selain itu, ia juga hadir dengan pilihan warna yang menarik termasuk perak dan emas. 

Mengenai spesifikasinya pula, ia mungkin berada di kelas pertengahan dengan skrin HD720p sebesar 5.0 inci. Skrinnya juga kelihatan sedikit lengkung di bahagian sisi. Peranti yang dipadukan dengan Android 5.1.1 Lollipop ini hadir dengan cipset Qualcomm Snapdragon 410 dengan kepantasan CPU 4 teras dan 2 GB RAM.

LG ClassLG Class Dengan Reka Bentuk Premium

Fungsi pengambarannya juga dikatakan agak baik dengan kamera 13 Megapixel di bahagian belakang manakala di bahagian hadapan pula hadir dengan 8 Megapixel untuk Selfie dan panggilan video. Ciri-ciri lain yang terdapat pada peranti ini termasuk sambungan LTE, NFC, 16 GB memori dalaman serta kapasiti bateri 2050 mAh.

Spesifikasi LG Class
Platform Android 5.1.1 Lollipop
Processor Qualcomm Snapdragon 410
Memory 16 GB, 2 GB RAM
Display 5.0 inches, 720 x 1280 pixels (HD)
Camera 13 Megapixel
Front Cam. 8 Megapixel
Battery Li-Po 2050 mAh
Features
Price RM1700
Lihat Juga Spesifikasi Peranti LG Yang Lain

Buat masa ini, LG Class akan hadir di pasaran Korea dengan harga USD399 atau bersamaan RM1700. Peranti ini tidak dipastikan sama ada akan memasuki pasaran antarabangsa atau pon tidak.