LG Nexus 5X dan Huawei Nexus 6P Diperkenalkan Dengan Rekaan Premium, Pengimbas Cap Jari, Android 6.0 Marsmallow, 12 Megapixel Kamera.
Akhirnya dua peranti Nexus yang telah hangat dikatakan pada tahun ini diperkenalkan pada satu acara khas dari Google. Peranti tersebut ialah LG Nexus 5X yang hadir dengan skrin HD penuh sebesar 5.2 inci dan Huawei Nexus 6P dengan skrin Quad-HD sebesar 5.7 inci. [AdsPost]
Seperti yang kita sudah ketahui, salah satu kelebihan peranti keluaran Nexus ini ialah tersedia dipasang dengan platform Android terbaru dan kedua-dua model ini telah hadir dengan Android 6.0 Marshmallow. Jika dilihat pada spesifikasi kedua-dua model ini, Huawei Nexus 6P membawakan peranti yang lebih premium, dengan cip pemproses yang lebih berkuasa, skrin yang lebih besar, pilihan memori yang lebih besar serta harganya yang lebih tinggi.
Huawei Nexus 6P | LG Nexus 5X | |
---|---|---|
Platform | Android 6.0 (Marshmallow) | Android 6.0 (Marshmallow) |
Processor | Qualcomm MSM8994 Snapdragon 810 | Qualcomm MSM8992 Snapdragon 808 |
RAM | 3 GB RAM | 2 GB RAM |
Memory | 32 / 64 / 128 GB | 16 / 32 GB |
Display | 5.7 inches | 5.2 inches |
Resolution | 1440 x 2560 pixels (QHD) | 1080 x 1920 pixels (FHD) |
Camera | 12 Megapixel | 12 Megapixel |
Front Cam. | 8 Megapixel | 5 Megapixel |
Battery | Li-Po 3450 mAh, | Li-Po 2700 mAh |
Features |
|
|
Price | USD499 – USD649 | USD379 – USD429 |
Full Specs | Huawei Nexus 6P | LG Nexus 5X |
Huawei Nexus 6P Dengan Skrin 5.7″, Cip Snapdragon 810, Harga Bermula $499
Buat pertama kalinya peranti Nexus dihasilkan dari jenama dari China, Huawei. Huawei Nexus 6P hadir dengan skrin sebesar 5.7 inci dengan resolusi 1440 x 2560 pixels. Rekaan juga agak unik dengan kerangka penuh dari logam serta baris bonjol dibahagian belakang yang menempatkan kameranya. Ia hadir dengan 4 pilihan warna iaitu hitam, putih, perak dan emas.
Didalamnya pula, Huawei Nexus 6P dikuasai oleh cipset Qualcomm MSM8994 Snapdragon 810 versi 2.1 yang telah ditingkatkan terutamanya pada masalah kepanasan yang dialami pada cip Snapdragon 810 sebelum ini. Peranti ini juga hadir dengan 3 GB RAM serta pilihan memori terbina dengan 32 GB, 64 GB dan 128 GB. Tiada slot tambahan disediakan untuk peranti ini.
Bagi kamera pula, Huawei Nexus 6P hadir dengan 12 Megapixel kamera yang disertakan bersama Laser Autofocus, Dual LED Flash, Photo Sphere, Dual Recording serta kebolehan merakam video 4K. Kamera hadapan pula hadir dengan 8 Megapixel untuk panggilan video serta selfie.
LG Nexus 5X Dengan Skrin 5.2″, Cip Snapdragon 808, Harga Bermula $379
LG mendapat kepercayaan dari Google untuk menuruskan menghasilkan peranti Nexus buat kali kedua, LG Nexus 5X merupakan generasi kedua LG Nexus 5 yang dilancarkan pada tahun lepas. LG Nexus 5x murupakan peranti dengan skrin sebesar 5.2 inci dengan resolusi HD penuh.
Prestasinya berada sedikit bawah berbading Huawei Nexus 6P dengan membawakan cip pemproses Qualcomm MSM8992 Snapdragon 808, 2 GB RAM serta pilihan memori terbina 16 dan 32 GB. Untuk fungsi pengambaran pula, LG Nexus 5X hadir dengan 12 Megapixel kamera serta 5 Megapixel di bahagian hadapan.
Untuk senarai harga penuh bagi LG Nexus 5X dan Huawei Nexus 6P pula boleh merujuk di bawah.
- Huawei Nexus 6P ( 32 GB) – USD499 (RM2200)
- Huawei Nexus 6P ( 64 GB) – USD549 (RM2400)
- Huawei Nexus 6P ( 128 GB) – USD649 (RM2850)
- LG Nexus 5X ( 16 GB) – USD379 (RM1599)
- LG Nexus 5X ( 32 GB) – USD429 (RM1899)
Seperti yang kita tahu, peranti Nexus ditawarkan di Google Store dan Malaysia masih lagi belum menyokong pembelian peranti melalui Google Store. Namun, anda tidak perlu risau kerana model import akan mula dijual di pasaran tempatan melalui kedai-kedai maya seperti Lazada Malaysia dan sebagainya.