Microsoft Band 2.0 Microsoft Band 2.0 Akan Diperkenalkan 6 Oktober Ini

Microsoft Band 2.0 Akan Hadir Pada 6 Oktober Ini Yang Membawakan Penambahbaikan Dari Segi Reka Bentuk, Spesifikasi dan Fungsinya

Microsoft dijangka akan memperkenalkan Microsoft Band 2.0 bersama-sama peranti Lumia yang lain pada 6 Oktober ini yang berlansung pada acara khas di US. Microsoft Band 2.0 dikatakan gelang pintar terbaik yang pernah dihasilkan. Ia juga merupakan model naik taraf daripada pandahulunya yang terdapat beberapa isu yang perlu diatasi Microsoft.

Rekaan luar juga akan ditingkatkan dimana Band 2 akan hadir dengan skrin lengkung yang lebih menarik dan selesa. Ia juga bakal hadir dengan kerangka logam yang baru dengan dua butang navigasi di bahagian sisinya.

Spesifikasinya tidak banyak didedahkan. Namun sudah tentunya peranti ini mengfokuskan pada ciri-ciri kesihatan dan kecergasan dengan pelbagai sensor bagi mengesan nadi, UV, GPS dan sebaginya.

Mengenai harganya pula, ia dikatakan dijual sama dengan pendahulunya pada harga USD199 atau bersamaan RM875 yang akan dipasarkan di peringkat antarabangsa.