Microsoft Lumia 550Microsoft Lumia 550, Peranti Mampu Milik Dengan Windows 10

Microsoft Bakal Melancarkan Peranti Mampu Milik Dinamakan Microsoft Lumia 550 Hadir Dengan 4.7 Inci Skrin, 5 MP Kamera Dan 4 Pilihan Warna.

Selain desas-desus peranti perdana Microsoft Lumia 950 yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi, Microsoft juga dijangka hadir dengan peranti mampu milik yang tersedia dengan sistem operasi Windows 10. Peranti tersebut dinamakan sebagai Microsoft Lumia 550 yang akan diperkenalkan pada 6 Oktober ini. 

Spesifikasnya masih belum banyak didedahkan. Ia dikatakan hadir dengan skrin sebesar 4.7 inci dengan paparan AMOLED pada resolusi HD 720p. Didalamnya pula tertera cipset Qualcomm Snapdragon 210 SoC dengan keupayaan CPU Empat Teras 1.1 GHz. Ia juga menawarkan sambungan 4G LTE dengan kepantasan muat turun 150Mbps.

Untuk fungsi pengambaran pula, Microsoft Lumia 550 dijangka hadir dengan 5 Megapixel kamera dan 2 Megapixel dibahagian hadapan. Desas-desus sebelum ini turut menyatakan bahawa peranti ini hadir dengan bateri 1,905 mAh.

Terdapat empat pilihan warna untuk peranti ini yang boleh didapti dalam warna merah, biru, hitam dan putih. Untuk maklumat lanjut mengenai harga dan spesifikasi Microsoft Lumia 550, kita tunggu ia dilancarkan tidak lama lagi.

Sumber : WMPowerUser