MiUi 7 Boleh Dipasang Pada Selain Peranti XiaomiKini MiUi 7 Boleh Dipasang Pada Selain Peranti Xiaomi

MiUi 7 Kini sedia dipasang ke peranti selain Xiaomi. Ia hadir pada lebih 70 peranti termasuk dari Samsung, Sony dan sebagainya.

Beberapa minggu yang lalu, Xiaomi telah memperkenalkan ROM terbaru yang berasaskan Android 5.1 dinamakan sebagai MiUi 7 dengan antaramuka yang lebih cantik serta ciri-ciri tambahan yang terdapat pada Android 5.1 Lollipop. MiUi 7 sudah boleh dimuat turun untuk dipasang ke peranti-peranti keluaran Xiaomi. 

Untuk memberi ruang pengguna selain peranti Xiaomi menggunakan MiUi 7, Xiaomi juga telah mengeluarkan senarai peranti pihak ketiga yang menyokong ROM ini. Antara telefon pintar yang menyokong termasuk Samsung Galaxy S5, Google Nexus 5, Sony Xperia Z3, HTC One M8, OnePlus One serta lebih 70 peranti yang lain.

MiUi 7 telah membawakan beberapa penambahbaikan dari sistem Android 5.1 sedia ada. Antara fungsi tambahan yang terdapat pada MiUi 7 termasuk antaramuka yang lebih kemas dan cantik. Susunannya seolah-olah iOS oleh kerana kesemua aplikasinya berada di skrin “Home”.

Xiaomi juga membawakan fungsi Child Mode untuk menyekat akses pada aplikasi tertentu serta Galeri Gambar yang telah ditingkatkan dimana gambar-gambar disusun secara automatik melalui pengesanan wajah mengikut album Baby, Pet dan sebagainya.

Menurut Xiaomi, MiUi 7 juga telah ditingkatkan prestasinya termasuk jangka hayat bateri yang lebih lama. Ia lebih responsif dan lancar berbanding MiUi versi sebelumnya.

Sumber : MiUi

Tags