OnePlus 2 MaxisOnePlus 2 Hadir 22 September Ini Melalui Maxis

OnePlus 2 Bakal Dipasarkan Di Malaysia 22 September Melalui Pakej Maxis Zerolution Dengan Harga Peranti RM1,678

Bagi yang sedang menunggu peranti perdana terbaru OnePlus 2 di pasaran tempatan bolehlah menunggu sehingga 22 September ini oleh kerana peranti tersebut akan dipasarkan melalui Maxis pada harga RM1,678. Namun jualannya agak terhad dan terbuka pada mereka yang telah menerima jemputan khas dari Maxis. Bagi yang masih berminat boleh menempahnya di sini dan sekiranya anda bertuah, anda akan menerima jemputan khas untuk membeli OnePlus 2 melalui Maxis. 

Mengenai jualan OnePlus 2, ia akan hadir dengan pakej khas dari Maxis yang dinamakan Maxis Zerolution dengan komitmen bulanan sebanyak RM59 selama 24 bulan. Sekiranya inginkan perlindungan khas untuk peranti ini, anda perlu menambah lagi RM15 sebulan. Pakej ini merupakan pakej ansuran untuk membeli peranti OnePlus 2 sekiranya perlukan Plan Data, Maxis juga menyediakan Plan MaxisOne serendah RM98.

Spesifikasi OnePlus 2
Platform Android 5.1 (Lollipop)
Processor Qualcomm MSM8994 Snapdragon 810
Memory 16 / 64 GB, 3 / 4 GB RAM
Display 5.5 inches, 1080 x 1920 pixels (FHD)
Camera 13 Megapixel
Front Cam. 5 Megapixel
Battery Li-Po 3300 mA
Features
  • Fingerprint sensor
  • USB Type-C
Price RM1687
Lihat Juga Spesifikasi Penuh OnePlus 2

Belian Ansuran OnePlus 2 Melalui Maxis Zerolution:

  • Bayaran Pendahaluan : RM0
  • Komitmen Bulanan : RM59
  • Perlindungan Peranti : RM15
  • Telefon Baru Setiap Tahun : RM30

Mengenai spesifikai OnePlus 2 pula merupakan sebuah peranti yang bakal bersaing hebat dengan peranti perdana yang lain pada tahun hadapan. Antara yang menjadi kelebihan pada peranti ini termasuk pemproses pantas dengan cipset Qualcomm MSM8994 Snapdragon 810, Kamera OIS dengan 13 Megapixel, penyambung USB Type-C, Pengimbas cap jari skrin sebesar 5.5 inci dengan resolusi HD penuh.