Android 6.0 MarshmallowSenarai Peranti Yang Bakal Menerima Kemaskini Android 6.0 Marshmallow

Senarai Penuh Smartphone Dan Tablet Yang Bakal Menerima Android 6.0 Marshmallow Beserta Tarikh Kemaskini.

Kurang dari 24 jam lagi Google akan mengumumkan dua peranti Nexus iaitu Huawei Nexus 6P dan LG Nexus 5X yang akan diumumkan pada malam ini. Kedua-dua peranti tersebut sudah tentunya akan hadir dengan platform terbaru Android 6.0 Marshmallow.

Selain dua peranti tersebut, Google akan membawakan kemaskini Android 6.0 Marshmallow untuk peranti Nexus yang lain termasuk  LG Nexus 5, Motorola Nexus 6, Asus Nexus 7 (2013), HTC Nexus 9, dan Asus Nexus Player. Peranti-peranti ini dijangka akan menerima kemaskini Android 6.0 Marshmallow pada 5 Oktober ini. 

Jadi, bagaimana pula dengan peranti-peranti keluaran jenama lain yang sedia ada di pasaran? Adakah ia turut menerima kemaskini Android 6.0 Marshmallow?.

Untuk jenama Sony, mereka telah mengeluarkan ujian Android M Preview untuk beberapa model Sony Xperia. Jadi, berkemungkinan besar peranti-peranti tersebut akan menerima kemaskini Android 6.0. Begitu juga dengan Samsung yang akan bawakan kemaskini pada peranti mereka termasuk barisan Samsumg Galaxy Note yang baru dan juga Samsung Galaxy S5 dan keatas.

Bagi HTC pula, mereka cuba bawakan sebanyak mungkin peranti untuk menerima kemaskini Android 6.0 Marshmallow pada peranti perdana dan juga pertengahan. Peranti keluaran jenama lain masih lagi belum diketahui. Kami akan mengemaskini laman ini sekiranya mendapat maklumat terbaru mengenai kemaskini Android 6.0 Marshmallow.

Dibawah ini menunjukan senarai peranti yang dijangka akan menerima kemaskini Android 6.0 Marshmallow.

Samsung

  • Samsung Galaxy S6 edge+
  • Samsung Galaxy Note5
  • Samsung Galaxy S6 edge
  • Samsung Galaxy S6
  • Samsung Galaxy Tab S2
  • Samsung Galaxy Note 4
  • Samsung Galaxy S5
  • Samsung Galaxy Alpha
  • Samsung Galaxy A8
  • Samsung Galaxy A7

Sony

  • Sony Xperia Z5 Premium
  • Sony Xperia Z5
  • Sony Xperia Z5 Compact
  • Sony Xperia Z3+ / Z4
  • Sony Xperia C5 Ultra
  • Sony Xperia C4
  • Sony Xperia M5
  • Sony Xperia M4 Aqua
  • Sony Xperia Z3 / Z3v
  • Sony Xperia Z3 Compact
  • Sony Xperia Z3 Tablet Compact
  • Sony Xperia Z2
  • Sony Xperia Z2 Tablet
  • Sony Xperia Z Ultra GPE

LG

  • LG V10
  • LG G4
  • LG G Flex2
  • LG G4 Stylo
  • LG G3

HTC

  • HTC One M9 Plus
  • HTC One E9 Plus
  • HTC One M9
  • HTC One E9
  • HTC One ME
  • HTC Butterfly 3
  • HTC Desire 826
  • HTC One (M8)
  • HTC One (E8)
  • HTC One (M8 Eye)
  • HTC Desire 820
  • HTC Desire 816

Motorola

  • Motorola Moto X Pure Edition (3rd gen)
  • Motorola Moto X Style (3rd gen)
  • Motorola Moto X Play
  • Motorola Moto G (3rd gen)
  • Motorola Moto X Pure edition (2nd gen)
  • Motorola DROID Turbo
  • Motorola Moto MAXX
  • Motorola Moto Turbo

Xiaomi

  • Xiaomi Mi Note 2
  • Xiaomi Redmi 2
  • Xiaomi Redmi 2 Prime
  • Xiaomi Mi 4i
  • Xiaomi Mi 4
  • Xiaomi Mi Note
  • Xiaomi Mi Note Pro

Huawei

  • Huawei Ascend P8
  • Huawei Ascend P8max
  • Huawei Honor 6 Plus
  • Huawei Honor 7i
  • Huawei Honor 7
  • Huawei Mate S
  • Huawei MediaPad X2
  • Huawei Ascend G8
  • Huawei Mate 7
  • Huawei Honor 6
  • Huawei Mate 7
  • Huawei Honor 4X
  • Huawei Honor 4C
  • Huawei Ascend G7

Lenovo

  • Lenovo K3 Note
  • Lenovo A7000
  • Lenovo A7000 Plus
  • Lenovo Vibe S1
  • Lenovo Vibe P1

Asus

  • Asus Zenfone 2 series
  • Asus Zenfone 2 Laser
  • Asus Zenfone 2 Deluxe
  • Asus Zenfone Selfie
  • Asus Zenfone Go
  • Asus Padfone S

OnePlus

  • OnePlus 2
  • OnePlus One