Samsung Perkenalkan Samsung Gear S2 Dengan Rekaan Moden

Samsung Gear S2 Hadir Dengan Rekaan Klasik dan Modeh. Ia Merupakan Jam Pintar Dengan Platform Tizen, Pemproses Dual-Core.

Samsung telah memperkenalkan jam pintar baharu yang dinamakan Samsug Gear S2 dengan rekaan lebih moden dan elagan. Berbanding jam pintar Samsung sebelum ini, Gear S2 hadir dengan skrin AMOLED bulat 1.2 inci dengan resolusi 360 x 360 pixel. Rekaannya lebih mirip dengan jam biasa yang hadir dengan dua butang Home dan Back di sebelah kanannya manakala Menu pilihan pula boleh dipilih melalui skrin sentuh. 

Terdapat dua pilihan reka bentuk pada jam pintar ini. Bagi yang gemarkan rekaan klasik, ia hadir dalam warna hitam dengan pilihan tali daripada kulit asli. Manakala bagi yang gemar pada rekaan moden ia hadir dengan perak dengan tali bewarna putih.

Samsung Gear S2

Selain itu, Samsung Gear S2 dipadukan dengan pemproses Dual-Core 1.0 Ghz serta dioperasi menggunakan platform Tizen. Menurut Samsung, Gajet tangan ini memiliki kapasiti bateri yang cukup untuknya bertahan sehingga 3 hari dengan sekali cas sahaja. Samsung juga mendedahkan peranti ini hadir dengan NFC dan sokongan 3G yang menggunakan e-SIM yang membolehkan membuat panggilan terus melalui jam ini.

Harga dan tarikh pasaran tidak didedahkan. Samsung akan membawa jam pintar ini untuk dipertontonkan di IFA 2015 pada 3 September ini.

Sumber : Samsung